Anggun Villa III, perumahan ikonik baharu Bandar Kinrara - Utusan Malaysia

Anggun Villa III, perumahan ikonik baharu Bandar Kinrara

S P Setia Bhd. bakal melancarkan fasa terbaharu siri Anggun Villa iaitu Anggun Villa III yang bakal memberikan nilai tambah kepada pembangunan di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

S P Setia Bhd. bakal melancarkan fasa terbaharu siri Anggun Villa iaitu Anggun Villa III yang bakal memberikan nilai tambah kepada pembangunan di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

Projek ini bakal menampilkan rumah berkembar dua tingkat dengan reka bentuk kontemporari dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM105.17 juta dengan bakal menempatkan lebih 30 unit rumah berkembar moden.

Setiap unit menawarkan keluasan binaan 3,951 kaki persegi, manakala keluasan tanah bagi setiap unit antara 4,058 kaki persegi hingga 6,078 kaki persegi.

Selain itu, harga jualan unit bermula dari RM3.38 juta hingga RM3.71 juta untuk Jenis A manakala Jenis A(M) pula antara RM3.39 juta hingga RM3.89 juta.

Pengurus Besar Bahagian Setia, Razly Mohammad Rus berkata, pembangunan itu terhasil selepas melihat perkembangan pesat Bandar Kinrara dan kejayaan pelancaran sebelum ini seperti Irama Villa IV, yang dilancarkan pada Mac tahun ini yang hampir habis terjual.

“Kami percaya Anggun Villa III merupakan peluang pelaburan yang baik, menarik minat golongan profesional berpendapatan sederhana ke atas, pasangan, dan keluarga dari kawasan sekitar Bandar Kinrara dan kawasan berhampiran.

“Berada di lokasi strategik dan kemudahan yang tersedia di kawasan tersebut, kami yakin fasa ini akan mendapat sambutan baik dan akan mempunyai peningkatan nilai modal yang baik disebabkan oleh kemudahan yang mudah diakses,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Razly, Anggun Villa III menawarkan pelbagai kemudahan di sekitar, menjadikan lokasi ini sangat strategik untuk penduduk.

“Antara institusi pendidikan berhampiran termasuklah Sekolah Kebangsaan Seksyen 1, Sekolah Kebangsaan Seksyen 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3, dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 4.

“Selain itu, institusi pendidikan swasta seperti Tzu Chi International School, SEGi College Subang Jaya, dan Taylor’s University Lakeside Campus turut berdekatan, memudahkan akses pendidikan untuk pelbagai peringkat umur,” ujarnya.

Jelasnya, dari segi komersial, Anggun Villa III dikelilingi pusat beli-belah dan pusat perniagaan utama seperti IOI Mall Puchong, pasa raya Giant, Sunway Pyramid, dan Pavilion Bukit Jalil.

“Manakala, bagi pencinta rekreasi, lokasi ini terletak berhampiran dengan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi seperti Kelab Golf Kinrara, Kinrara Resort, Taman Rekreasi Bukit Jalil, Stadium Nasional Bukit Jalil, Sunway Lagoon serta Bukit Jalil Golf & Country Resort.

“Selain itu, beberapa pusat penjagaan kesihatan utama seperti Pusat Perubatan Subang Jaya, Pusat Perubatan Sunway, dan Columbia Hospital Asia turut berada di sekitar pembangunan ini, memudahkan akses kepada perkhidmatan perubatan berkualiti untuk para penghuni,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, kawasan itu turut terletak di kawasan perbandaran hijau Bandar Kinrara yang meliputi 1,904 ekar tanah pegangan bebas yang akan membuatkan pembangunan ini menawarkan jaringan akses yang sangat baik dengan sambungan ke lebuh raya utama.

“Kawasan yang akan dibangunkan ini bakal memudahkan pembeli untuk mendapatkan akses yang mudah kepada Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), dan Lebuhraya Maju (MEX).

“Kawasan ini juga mudah diakses melalui hab pengangkutan awam seperti Stesen LRT Kinrara BK5 yang menyokong pergerakan lancar ke pusat bandar dan kawasan perniagaan utama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya