Taraf saranan Sunway REIT disemak naik kepada ‘beli’ - Utusan Malaysia

Taraf saranan Sunway REIT disemak naik kepada ‘beli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaik taraf saranan Sunway REIT kepada ‘beli daripada ‘pegang’ dengan harga sasaran (TP) ditingkatkan 17 sen kepada RM1.77 sesaham.

Firma penyelidikan itu turut menjangkakan Sunway REIT bakal mericatatkan pendapatan yang lebih tinggi pada separuh kedua 2024 (2H24) disokong oleh sumbangan tiga aset baharu.

Aset berkenaan ialah 163 Retail Park di Kuala Lumpur, sebuah hartanah industri baharu di Pulau Pinang dan pusat beli-belah Kluang Mall, Johor.

“Kami menaikkan ramalan pendapatan tahun kewangan 2025 dan 2026 sebanyak peningkatan lapan peratus setahun yang meningkatkan harga sasaran kami kepada RM1.77 (+17 sen, Ke: 8.1 peratus). Naik taraf kepada ‘beli’, katanya dalam satu nota penyelidikan.

“Ini kerana kami memasukkan aset baru ke dalam ramalan dan mengeluarkan pengagihan kepada pemegang nota kekal kerana ia telah ditebus sepenuhnya.

“Kami menganggarkan tahap gear bersih (hutang terhadap aset) sebanyak 46 peratus selepas penyelesalan pemerolehan berbanding 44 peratus pada akhir Jun 2024,” ujarnya.

Sementara itu, Maybank IB berkata, pasaran aset runcit bakal diperluaskan apabila Sunway Pyramid Mall yang sedang menjalani lanjutan pengubahsuaian yang dijangka siap pada Oktober 2024.

“Sunway Carnival Mall juga sedang menjalani fasa dua pengubahsualan yang akan siap pada Jun 2025.

“Penambahbaikan yang sedang dijalankan dijangka memberi impak marginal terhadap segmen runcitnya buat sementara waktu.

“Sebahagiannya ditampung oleh sumbangan sewa baru dari enam pasar raya besar baru dan aset runcit baru pada separuh kedua 2024 iaitu 163 Retail Park dan Kluang Mall.

“Aset Runcit baru ini akan memperluaskan kawasan pasaran Sunway REIT kepada empat kategori pusat beli belah super-serantau, pusat beli-belah serantau, pusat beli-belah kejiranan dan premis runcit besar,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN