Pertumbuhan pinjaman diunjur kekal pada 6.1 peratus - Utusan Malaysia

Pertumbuhan pinjaman diunjur kekal pada 6.1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TA Sector Research mengekalkan unjuran pertumbuhan pinjaman sebanyak 6.1 peratus pada 2024, disokong oleh pertumbuhan pinjaman pengguna dan perniagaan masing-masing sebanyak 6.3 peratus dan 5.9 peratus.

Menurut nota penyelidikannya, firma mengulangi panggilan ‘overweight’ terhadap sektor perbankan berdasarkan pertumbuhan pinjaman yang meningkat dan kesetabilan margin faedah bersih (NIM).

Katanya, ini juga dipacu oleh potensi untuk pendapatan faedah bersih (NII) yang lebih tinggi, pecutan beransur-ansur dalam pendapatan yuran dan penampan modal dan kecairan yang sihat.

“Risiko penurunan yang berpotensi termasuk penurunan dalam kualiti aset disebabkan kebimbangan terhadap tekanan inflasi yang meningkat di tengah-tengah rasionalisasi subsidi dan kejutan luaran yang berterusan, sumbangan yang lebih lemah daripada operasi luar negara dan perbelanjaan yang tinggi secara konsisten.

“Walaupun terdapat risiko ini, tinjauan sektor ini kekal positif, disokong oleh petunjuk prestasi yang kukuh dan prospek pertumbuhan,” katanya.

Firma penyelidikan tersebut menyarankan ‘beli’ bagi saham Public Bank, CIMB Bank, Maybank dan Hong Leong Bank.

“AMMB Holdings Berhad dan Alliance Bank diturunkan kepada ‘pegang’ disebabkan potensi pulangan risiko yang lebih kecil daripada kenaikan harga saham mereka baru-baru ini, manakala mengekalkan ‘pegang’ bagi RHB Bank dan ‘jual’ untuk Affin Bank,” ujarnya.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd. mengekalkan penarafan ‘overweight’ pada sektor perbankan.

“Pusingan pasaran, seperti pertumbuhan pinjaman yang berterusan dan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersama-sama pengekalan margin yang lebih baik, dijangka terus membayangi tekanan industri seperti tekanan inflasi dan ringgit yang lebih lemah.

“Kami percaya ini berkemungkinan akan mengakibatkan lebih sedikit cabaran kepada daya tahan sektor ini.

“Sektor ini kekal menarik berikutan hasil dividen yang menarik (enak ke tujuh peratus) pada kebanyakan saham, ditambah pula dengan turun naik sektor yang lebih rendah berbanding industri lain,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya