LC International sasar tembusi pasaran antarabangsa - Utusan Malaysia

LC International sasar tembusi pasaran antarabangsa

zelmey Yusof mahu mendapatkan sijil halal untuk produknya bagi memasakan ke luar negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: LC International Group Sdn. Bhd. menyasarkan menembusi pasaran antarabangsa menerusi jualan rangkaian pro­duk jenama UNEEDIS yang kini dalam proses untuk mendapatkan pensijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Presiden dan pengasas sya­rikat tersebut, Zelmey Yusof berkata, pensijilan tersebut dipercayai mampu meningkatkan jualan sekali gus membawa produk ber­kenaan ke luar negara.

“Kami telah menetapkan sasaran untuk memasarkan produk-produk ini ke negara luar kerana ada permintaan dari China, Taiwan, Indonesia, Thailand, India dan Afrika Selatan.

“Kami telah memohon sijil halal dan mungkin mengambil tiga hingga empat bulan untuk mendapat kelulusan dari Jakim.

“Kami yakin sijil halal yang diterima kelak dapat membantu untuk mengumpul lebih ramai pengguna, sekali gus memasarkannya di lebih banyak negara,” katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Kata Zelmey, pihaknya juga bermatlamat untuk berkongsi manfaat produk-produk di bawah jenama itu, antaranya minyak terapi dan makanan kesihatan yang menjadi alternatif mampu milik dalam penjagaan kesihatan.

“Tujuan kami adalah untuk berkongsi kebaikan produk-produk berasaskan minyak kelapa dara ini, de­ngan kajian dan pembangunannya dibuat teliti selama lebih 10 tahun.

“Kami ingin berkongsi kebaikan kandungan-kandu­ngan produk ini yang terkandung dalam produk-produk ini yang dapat membantu mempertingkatkan kualiti kesihatan.

“Pada masa yang sama, kami juga berhasrat untuk berkongsi produk-produk ini agar ia menjadi alternatif kesihatan mampu milik,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya