Chef Ustazah komited perluas rangkaian produk halal - Utusan Malaysia

Chef Ustazah komited perluas rangkaian produk halal

PENGASAS Chef Ustazah menunjukkan sebahagian daripada rangkaian produk miliknya yang telah tersedia di pasaran sejak tahun 2013.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengeluar makanan sedia untuk dimasak, Chef Ustazah komited dalam memperluaskan rangkaian produknya makanan halalnya dengan dengan memasuki segmen makanan sedia untuk dimakan.

Pengasasnya, Wan Habsah Wan Ahmad berkata, jenama itu setakat ini berjaya meluaskan produk rangkaian makanan daripada awal penubuhannya iaitu dari 23 produk kepada 83 rangkaian produk.

Katanya, dengan teknologi pembukusan makanan secara retort (TDS), jenama itu dapat dikembangkan sehingga mencapai 130 produk setakat ini.

“Dengan perluasan rangkaian produk ini, saya meletakkan sasaran untuk memastikan mengukuhkan jenama produk untuk pasaran setempat.

“Setiap isi rumah, terutamanya pengguna-pengguna muslim harus memiliki satu produk daripada jenama ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Jelas Wan Habsah, jenama itu akan memfokuskan kepada produk makanan sedia untuk dimakan bagi pasaran antarabangsa.

“Pemerolehan pensijilan halal dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) membantu saya dalam mencari peluang untuk meluaskan pasaran saya terutamanya di pasaran antarabangsa.

“Dengan kelayakan sebegini, saya yakin dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih lagi kerana mendapat keyakinan daripada pasaran,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Chef Ustazah turut menjadi peyumbang kepada industri makanan dengan mengadakan bengkel bagi usahawan di sekitar Kelantan.

“Selain membuat produk, kami juga memberikan kemahiran kepada orang lain dengan mengadakan bengkel kelas masakan kepada semua golongan yang berminat di kilang.

“Memegang slogan usahawan melahirkan usahawan, Chef Ustazah membuka peluang kepada semua golongan untuk belajar memasak dan menjadi usahawan sepertinya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya