Anak muda cipta kejayaan dengan perniagaan ‘streetwear’ One Plus Two - Utusan Malaysia

Anak muda cipta kejayaan dengan perniagaan ‘streetwear’ One Plus Two

HAKIM Mazlan (kanan) dan rakan perniagaannya, Khalies Rosmin (kiri) bersama koleksi baju OPT. di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dalam dunia fesyen yang semakin berkembang, satu nama baharu muncul dengan penuh kejayaan, One Plus Two sebuah perniagaan fesyen jalanan (streetwear fashion), ditubuhkan oleh dua anak muda Malaysia yang bercita-cita tinggi dalam industri fesyen tempatan.

One Plus Two, atau lebih dikenali dengan singkatan OPT. adalah hasil gabungan idea dan inspirasi yang telah lama meminati dunia fesyen jalanan.

Pengasas OPT, Hakim Mazlan berkata, beliau memulakan perniagaan tersebut bersama rakan kongsi, Khalies Rosmin selepas pernah berkecimpung dalam perniagaan menjual barang-barang bundle seperti kasut dan baju terpakai pada 2015 lalu.

“Sebelum ini, kami memfokuskan kepada jualan bundle sahaja dan berulang-alik ke Thailand untuk mendapatkan produk, sehinggalah tercetus idea untuk berpindah kepada perniagaan baju ini.

“Saya menggunakan nama perniagaan Thrift.Kl, manakala Khalies Rosmin pula dengan Oliesdiver pada 2025 sebelum mengambil keputusan untuk bekerjasama pada 2017 dan menjadikan OPT. sebagai nama yang kami bawa sekarang.

“Bagaimanapun, selepas pandemik Covid-19 pada 2020, kami melihat pasaran telah menerima OPT. dengan baik. Sebelum ini juga terdapat skeptisisme terhadap jenama tempatan yang dianggap mahal. Namun, kini, lebih ramai orang mula menghargai kualiti produk tempatan.

“Kami di OPT. akan memastikan harga yang berpatutan, namun, ia mestilah seiring dengan peningkatan kos bahan dan penghantaran bagi menjamin kualiti produk kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini.

Pada 2020, OPT. mengeluarkan koleksi pertamanya dan menerima sokongan yang memberangsangkan dari masyarakat, terutamanya kerana mereka sudah mempunyai pengikut setia dari sesi siaran langsung di laman sosial sejak 2017 ketika menjual kasut bundle.

“Para pelanggan sudah mengenali kami dari 2017 dan terus menyokong usaha ini sehingga menjadi kegemaran mereka.

“Harga bagi produk yang dikeluarkan masih dalam lingkungan yang boleh dijangkau iaitu RM30 sehingga RM400 mengikut jenisnya. OPT. juga pernah mencapai jualan bulanan tertinggi sebanyak kira-kira RM400,000,” katanya.

Jelasnya, mereka berdua bukan berasal berlatarbelakangkan bidang perniagaan ketika menuntut di institusi pengajian tinggi.

“Dulu saya mengambil bidang kejuruteraan elektrik dan Khalies Rosmin pula dalam bidang pelancongan, namun minat mendalam dalam dunia perniagaan dan industri ‘streetwear’ dan membuatkan kami berusaha untuk mendalami lebih baik bidang ini,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan masa hadapannya, beliau berkata, OPT. bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan fesyennya itu ke pasaran antarabangsa seperti Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat.

“Kami berhasrat untuk meluaskan lagi jenama ini, walaupun perjalanan ini memerlukan banyak pembelajaran dan adaptasi kepada pasaran dan tingkah laku pelanggan yang berbeza.

“Dalam masa sama, OPT. juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan pereka tempatan melalui cabaran rekaan, memberi peluang kepada pereka muda untuk menunjukkan bakat mereka dalam berkongsi idea mereka untuk industri pakaian jalanan.

“Kami sentiasa menerima sebarang kolaborasi bersama untuk mengentengahkan industri ini ke tahap yang lebih baik ,” katanya.

Sementara itu, Khalies Rosmin menekankan kepentingan pendidikan dalam perniagaan kepada sesiapa sahaja anak muda yang ingin berkecimpung dalam industri itu.

“Kami percaya bahawa pendidikan membantu dalam pemikiran kritis dan pemahaman mendalam tentang perniagaan. Selain itu, kami juga sentiasa menyokong inisiatif pendidikanuntuk menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya pendidikan,” katanya.

Tambahnya, OPT. sendiri menyertai program ILTIZAM Catalyst 2023 daripada program ILTIZAM Catalyst 2023 selama 12 bulan baru-baru ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dalam bidang perniagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya