Produk sejuk beku ikan keli halal dapat sambutan - Utusan Malaysia

Produk sejuk beku ikan keli halal dapat sambutan

muhamad Fadli Abas menunjukkan produk sejuk beku ikan keli yang telah mendapat pengiktirafan halal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ghom Ventures Enterprise yang menjalankan perniagaan produk sejuk beku ikan keli menerima sambutan yang menggalakkan selepas menerima pengiktirafan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jun 2023.

Usahawan, Muhamad Fadli Abas, 23, berkata, syarikat yang mula didaftar pada tahun 2018 itu, menjalankan perniagaan produk sejuk beku di Rembau, Negeri Sembilan yang telah siap diproses untuk dijual kepada peniaga kedai makan sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.

“Selepas mendapat status halal, saya melihat pembeli lebih yakin untuk membeli ikan keli sejuk beku serta jualan semakin meningkat sebanyak 20 peratus.

“Sambutan amat menggalakkan dari peniaga restoran dan juga terus ke pelanggan yang mahu memasak sendiri di rumah sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, produk ikan keli yang telah siap diproses iaitu telah disiang dan dicuci bersih tanpa hanyir.

“Pengguna tidak perlu lagi menyiang ikan keli untuk memasak. Produk keli sejuk beku ini telah mencapai sasaran jualan dua tan sebulan iaitu sebanyak, RM12,000.

“Satu peket ikan dengan harga RM10 (500gram),” katanya kini mempunyai tiga orang kakitangan.

Muhamad Fadli berkata, produk keli sejuk beku ini telah dijual di seluruh Negeri Sembilan dan salah satu pelanggan tetap adalah Restoran Gerobok Salai di Rembau.

“Saya mengekalkan kesegaran ikan dan memudahkan pengguna untuk memasak atau menggoreng.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jualan menurun agak ketara dan sebelum ini, jualan hampir mencecah RM20,000,” katanya.

Beliau turut menasihatkan para usahawan, memohon dan mendapat sijil halal agar rakyat Malaysia dapat membeli barangan atau produk dengan yakin mengikut syariat Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya