PMB Investment letak sasaran ESG lebih memberangsangkan - Utusan Malaysia

PMB Investment letak sasaran ESG lebih memberangsangkan

Hang Tuah Amin Tajudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam menyokong agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), PMB Investment Berhad (PMB Investment), anak syarikat sepenuhnya milik Pelaburan MARA Berhad meletakkan sasaran untuk penumbuhan yang lebih memberangsangkan terhadap dana amanah berasaskan ESG yang diuruskan ketika ini, iaitu Dana Ekuiti Global ESG Syariah PMB.

Pemangku Ketua Pegawai Pe­laburan PMB Investment, Hang Tuah Amin Tajudin berkata, ketika ini, nilai aset bersih dana tersebut sebanyak RM31.2 juta pada 30 Jun 2024 telah meraih pulangan sebanyak 9.6 peratus sejak permulaan tahun hingga 30 Jun 2024.

“Setakat ini, kita melihat pe­ningkatan pulangan dan prestasi dana ini amat memberangsangkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Hang Tuah, kini pelabur mula berminat membuat pelaburan untuk syarikat yang menyokong agenda ESG.

“Secara global, dana-dana yang berasaskan ESG telah mula menarik lebih ramai pelabur bukan sahaja pelabur tempatan malah pelabur antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, PMB Investment turut menyasarkan pertumbuhan yang menggalakkan bagi PMB Dana Pendapatan Wakaf An-Nur PMB.

Katanya, melalui dana tersebut, sebanyak 30 peratus daripada agihan pendapatan akan diwakafkan kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad, sebuah syarikat berhad dengan jaminan tanpa syer yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi menguruskan saham-saham serta aset yang diwakafkan oleh Johor Corporation.

“Setakat 30 Jun lalu, Nilai Aset Bersih dana wakaf tersebut adalah sebanyak RM16.9 juta.

“Sejak 1 Januari hingga 30 Jun juga, dana tersebut berjaya meraih pulangan sebanyak 28.5 peratus. Jadi, prestasi dana ini amat memberangsangkan,” katanya.

Jelas Hang Tuah, pihak PMB Investment masih memfokuskan kepada aset tradisional iaitu sektor ekuiti, pendapatan tetap dan sektor pasaran kewangan.

“Kita juga sentiasa membuat kajian terhadap aset-aset lain termasuk mata wang kripto,” katanya.

Menurut beliau, melangkah ke hadapan, PMB Investment menyasarkan sebanyak 21 unit dana dan penambahan beberapa mandat persendirian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya