Permintaan sektor hartanah dipacu pembangunan pusat data - Utusan Malaysia

Permintaan sektor hartanah dipacu pembangunan pusat data

jualan hartanah pada separuh kedua tahun ini dijangka melonjak dengan pemaju meningkatkan pelancaran projek baharu mereka pada pertengahan tahun. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan permintaan dalam sektor hartanah akan terus dipacu oleh pembangunan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan pusat data, menurut RHB Investment.

Katanya dalam satu nota penyelidikan, firma itu menjangkakan jualan hartanah pada separuh kedua tahun ini melonjak dengan pemaju hartanah meningkatkan pelancaran mereka pada pertengahan tahun.

“Permintaan untuk rumah bertanah di kawasan perbandaran baharu dan kediaman bertingkat tinggi di lokasi strategik kekal menggalakkan selain pengambilan kukuh bagi kediaman bertanah dan kondominium. mewah dengan ruang lantai besar.

“Kami berpendapat kitaran pelaburan pusat data masih di peringkat awal dan menjangkakan lebih banyak penjualan tanah akan berlaku.

“Pemaju dengan kunci kira-kira yang kukuh mungkin mula melihat daya maju pelaburan hartanah berkaitan pusat data dan syarikat seperti Sime Darby Property Bhd. dan Mah Sing Group Bhd. boleh mengembangkan lagi pelaburan mereka,” katanya.

Jelas firma penyelidikan itu, aliran berita positif mengenai insentif serta inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor Singapura (JS-SEZ) pembangunan infrastruktur serta pelaburan langsung asing (FDI) dan domestik dijangka menggalakkan sentimen pelabur terhadap sektor hartanah pada separuh kedua tahun ini.

“Kami berpendapat pemodenan dan perindustrian yang lebih besar di Iskandar Malaysia daripada ekonomi JS-SEZ akan meningkatkan permintaan untuk hartanah di Johor.

“Kehadiran pengunjung ke galeri jualan Iskandar Malaysia juga mencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lalu.

“Kehadiran pengunjung ke galeri jualan Sunway Iskandar mencatatkan peningkatan ketara dan pasukan pemasaran kini melihat semakin banyak pembelian daripada pembeli asing terutamanya pada hujung ming­gu.

“Jadi, sektor hartanah ketika ini sedang mendapat momentum jualan yang positif,” katanya.

RHB Investment mengekalkan penarafan ‘overweight’ terhadap sektor itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya