Kejayaan IJM raih kontrak dorong tembusi pasaran pembinaan pusat data - Utusan Malaysia

Kejayaan IJM raih kontrak dorong tembusi pasaran pembinaan pusat data

– GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan kejayaan IJM Corp Bhd bagi kontrak pembinaan pusat data akan menjadi langkah kritikal bagi kumpulan itu untuk menembusi pasaran pembinaan pusat data.

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu meraih kontrak pembinaan pusat data pertama bernilai RM331.7 juta, sekali gus menjadikan buku pesanannya kepada RM7.3 bilion.

Menurutnya, berdasarkan kepada asas tersebut, syarikat berkenaan akan membuka peluang lebih tinggi pada masa hadapan.

“Kami menjangkakan kumpulan itu akan mendapat manfaat daripada aliran projek infrastruktur yang akan datang pada separuh kedua 2024.

“Sebagai contoh, pelanggan semasa IJM, Telekom Malaysia Bhd. baru-baru ini menjalinkan usaha sama (JV) bagi membangunkan pusat data dengan kapasiti awal 64 megawatt (MW) dan kapasiti muktamad 200 MW,” katanya dalam nota penyelidikan.

Sementara itu, katanya, hala tuju syarikat itu ke arah sasaran penambahan semula RM5 bilion berada pada landasan yang betul.

Katanya, projek-projek dalam perancangan cukup bagi kumpulan itu termasuk Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) 2.0, Nusantara PFI iaitu perumahan kerajaan dan banyak lagi projek pusat data.

“Projek yang diramalkan boleh menambah prosek pekerjaan syarikat itu ialah lebuh raya India dan bangunan perindustrian.

“Projek akan datang, seperti Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), naik taraf infrastruktur Johor dan peluang pembinaan jalan raya di Malaysia Timur juga akan menambah prospek pekerjaan tersebut,”katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, secara keseluruhannya, tiada perubahan diletakkan kepada ramalan mereka.

HLIB me­ngekalkan penarafan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM3.50 sesaham. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN