Byond Group komited bantu PKS perkukuh pengurusan perniagaan - Utusan Malaysia

Byond Group komited bantu PKS perkukuh pengurusan perniagaan

ABDUL BASIT ABDUR RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Byond Group Sdn. Bhd. (Byond Group), melalui anak syarikatnya Success Sdn. Bhd., komited dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperkukuh pengurusan perniagaan supaya kekal relevan dalam keadaan ekonomi yang mencengkam.

Pengerusi Byond Group, Abdul Basit Abdur Rahim berkata, syarikat itu melihat penguasaan ekonomi dan aset dalam kalangan PKS juga semakin berani, namun tidak ramai yang dapat bertahan.

“Oleh itu, kami mempunyai rangkaian perniagaan yang merangkumi konsultasi pembangunan PKS, hartanah, kesihatan serta perisian berkaitan perniagaan.

“Misi kami juga adalah ‘mengautomasi dan berkembang’ yang bertujuan memperkasa dan membantu usahawan PKS melalui latihan berbentuk kelas, program dan tunjuk ajar secara intensif selama setahun.

“Sejak 2015, Byond Succes telah melatih lebih 100,000 peserta yang memfokuskan kepada sektor perdagangan, pendidikan, fesyen, kecantikan, perkhidmatan kesihatan serta makanan dan minuman (F&B).

“Syarikat dan usahawan yang telah dibantu akan melihat perubahan dalam bisnes melalui segenap aspek termasuk jualan, automasi, simpanan, perkembangan dan pelaburan,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat kumpulan itu di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Byond Group turut menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menjelang 2027, sekali gus meningkatkan kadar pemilikan ekuiti Bumiputera di pasaran saham tempatan.

“Kami optimis dapat mencapai sasaran tiga tahun ke hadapan dan mampu mencapai nilai syarikat sebanyak RM300 juta.

“Langkah penyenaraian itu juga akan dilaksanakan melalui anak syarikat milik penuh syarikat iaitu Byond Tech Global Berhad yang menumpukan kepada perniagaan berteraskan teknologi.

“Penilaian yang ditetapkan itu juga merujuk kepada proses menentukan nilai syarikat sebelum menjalankan IPO di pasaran saham, membabitkan analisis menyeluruh terhadap kesihatan kewangan, potensi pertumbuhan dan penilaian yang sesuai untuk menarik minat pelabur.

“Pemilihan Byond Tech Global juga berdasarkan potensinya untuk berkembang kerana terbabit dalam perniagaan berkaitan teknologi termasuk sistem perisian berkaitan perniagaan dikenali sebagai MySyarikat,” katanya.

Menurut Abdul Basit, sistem MySyarikat merupakan satu sistem komprehensif yang membantu perniagaan dalam pengurusan perniagaan de­ngan lebih 100,000 syarikat sudah menggunakan sistem itu ketika ini.

“Sehingga akhir tahun ini, kami menyasarkan 30,000 lagi syarikat PKS dapat menggunakan sistem MySyarikat serta mendapat konsultasi dan latihan daripada kami.

“Kami berusaha untuk memperluaskan jangkauan kami dan memberikan sokongan yang lebih meluas dalam aspek pengurusan perniagaan kepada PKS di Malaysia.

“Langkah ini juga menunjukkan keyakinan kami terhadap masa depan PKS dan komitmen Byond Group dalam menyokong pertumbuhan perniagaan kecil di negara ini,” ujar­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya