ALIA @ Mori Park di Shah Alam berorientasikan transit - Utusan Malaysia

ALIA @ Mori Park di Shah Alam berorientasikan transit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALIA @ Mori Park, Projek Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) yang pertama di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor di bawah OSK Property Holdings Berhad menawarkan pelbagai kemudahan dan akses mudah kepada bakal pembeli.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pembangunan Hartanah OSK Property, Ong Ghee Bin berkata, fasa pertama projek Mori Park itu mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM398.1 juta kini dibuka untuk jualan bermula Jun lalu.

“Pelan induk yang terdiri daripada lima fasa ini terletak di atas tanah seluas 15.4 ekar dan hanya sekitar 800 meter dari stesen LRT 3 Stadium Shah Alam yang sedang dalam pembinaan.

“Projek ALIA, fasa pertama dalam pelan induk Mori Park menawarkan pelbagai kemudahan, termasuk 22 unit lot kedai, 76 unit suite fleksibel dan 812 unit pangsapuri servis di atas tanah seluas 3.54 ekar.

“Unit pangsapuri perkhidmatan pula terdiri daripada pelbagai saiz, dari unit satu bilik tidur seluas 550 kaki persegi hingga unit tiga bilik tidur seluas 958 kaki persegi yang dilengkapi dengan pilihan unit dua kunci.

“Harga jualan unit pasaran terbuka bermula dari RM478,800, manakala unit SAMM (Servis Apartmen Mampu Milik) berharga RM270,000,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Selain itu, katanya, lot kedai di tingkat bawah pula mempunyai ukuran antara 732 hingga 1,335 kaki persegi, manakala suite fleksibel di tingkat 1 dan 2 berukuran 550 kaki persegi.

“Harga jualan komponen komersial bermula dari RM320,800 untuk suite fleksibel dan RM531,800 bagi lot kedai.

“Antara kemudahan yang ditawarkan adalah kolam infiniti sepanjang 35 meter, zon retreat yoga, taman herba dan rempah, pavilion membaca dan makan, serta gimnasium.

“Lokasi projek ini sangat strategik dengan akses mudah ke pelbagai kemudahan awam sedia ada seperti pusat beli-belah Aeon Shah Alam dan Giant Shah Alam yang berdekatan. Projek ini juga dikelilingi dengan pusat komersial, pusat rekreasi, kemudahan perubatan, institusi pendidikan, dan pejabat,” katanya.

Jelasnya, projek itu turut mempunyai akses yang baik ke bandar-bandar utama di Lembah Klang melalui rangkaian lebuh raya utama seperti Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

“Projek itu juga direka khusus untuk keluarga muda dan yang sedang berkembang serta sesuai untuk kehidupan berbilang generasi.

“Projek ini bukan sahaja menarik minat pembeli rumah kali pertama tetapi juga pelabur yang boleh memanfaatkan permintaan sewaan yang baik di kawasan ini dengan kelebihan sambungan pengangkutan awam dan kemudahan yang lengkap,” katanya.

“Para pelanggan yang berminat boleh melayari maklumat lanjut berkenaan ALIA @ Mori Park di laman web https://moripark.com.my/,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya