Unjuran TIV kenderaan baharu kekal 740,000 unit - Utusan Malaysia

Unjuran TIV kenderaan baharu kekal 740,000 unit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Research Investment Bank berhad (Kenanga Research) mengunjurkan jualan kenderaan baharu di Malaysia pada 2024 dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) 740,000 unit.

Kenanga Research berkata, unjuran ramalan itu masih dikekalkan dengan penurunan 8 peratus sejajar dengan ramalan Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Menurutnya, walaupun ia akan menjadi perniagaan seperti biasa bagi segmen mampu milik, rasionalisasi subsidi bahan api lebih berkemungkinan menjejaskan permintaan untuk model pasaran pertengahan.

“Justeru, sebagai alternatif, pembeli boleh memilih kenderaan elektrik (EV) atau memfokuskan kepada kereta yang lebih kecil untuk mengurangkan bil bahan api mereka.

“Kami percaya ia akan menjadi tarikan kepada pelanggan sasaran, iaitu kumpulan B40, yang mana mereka terhindar daripada kesan rasionalisasi subsidi bahan api,” katanya dalam nota penyelidikan.

Firma penyelidikan itu berkata, pembeli kereta baharu juga dilihat berpotensi mendapat manfaat daripada pengenalan model gaji progresif.

Katanya, kenaikan gaji 13 peratus bagi kebanyakan penjawat awam pada Disember 2024 juga akan memulihkan sebahagian kuasa perbelanjaan mereka yang terhakis oleh inflasi yang tinggi.

“Walau bagaimanapun,bagi segmen pasaran pertengahan seperti pelanggan sasarannya, iaitu kumpulan M40 mungkini terpaksa menahan diri daripada membeli kereta baharu terlebih dahulu pada tahun ini,” katanya.

Namun, secara umumnya, katanya, pendapatan industri bagi sektor automotif dilihat masih baik dengan disokong oleh tempahan tertunggak sebanyak 200 ribu unit pada akhir Mei 2024.

“”Lebih separuh daripada tunggakan terdiri daripada model baharu, merujuk kepada betapa menariknya model baharu kepada pembeli kereta.

“Trend ini berkemungkinan berterusan sepanjang tahun ini memandangkan barisan pelancaran kereta baharu yang kukuh,” kata firma itu.

Dalam pada itu, katanya, jualan kenderaan juga akan disokong oleh kenderaan elektrik bateri (BEV) baharu yang menikmati pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Selain itu, katanya, jualan kenderaan akan turut disokong insentif kemudahan EV lain sehingga 2025 bagi sepenuhnya luar negara (CBU) dan 2027, untuk pemasangan tempatan (CKD).

“Pendaftaran baharu BEV telah melonjak daripada 274 unit dalam 2021 kepada lebih 3,400 unit dalam 2022 dan kemudian 10,159 unit pada 2023.

“Kemudian setakat April 2024, 2,703 unit dijual dan keadaan itu dilihat sektor pendapatan automotif berada di landasan baik untuk mencapai sasaran nasional untuk EV dan kenderaan hibrid sebanyak 15 peratus.

Sementara itu, katanya, ik­rar kerajaan bagi membolehkan pengendali titik pengecasan (CPO) mendapatkan kelulusan yang lebih pantas untuk pemasangan memberi keselesaan.

“Pemasangan pengecasan kian mendapat permintaan eko­ranhanya 3,951 stesen pengecas EV dibina setakat ini,” jelasnya.

Kenanga Research menge­kal­­kan panggilan neutral bagi sektor automotif disokong permintaan tinggi bagi kenderaan keluaran Perodua.

Pendapatan Perodua dlihat mengukuh, didorong tunggakan pesanan kenderaannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN