Townhouse Greenwoods Senna bawa konsep perumahan bandar urban - Utusan Malaysia

Townhouse Greenwoods Senna bawa konsep perumahan bandar urban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARAMOUNT Property (Utara) Sdn. Bhd. (Paramount Property) kali ini menawarkan Greenwoods Senna di Salak Perdana, Sepang, sebuah kawasan kediaman yang memenuhi gaya kehidupan moden masyarakat kini.

Menurut Paramount Property, Greenwoods Senna yang mempunyai keluasan 18 ekar, menawarkan 368 unit rumah bandar (townhouse).

Menurutnya, rumah bandar yang terdapat di Greenwoods Senna mempunyai susun atur keluasan 34 kali 65 hingga 44 kali 75 persegi.

“Walaupun Greenwoods Senna mengetengahkan perumahan konsep secara terbuka bagi melancarkan aktiviti keluarga bersama komuniti setempat, namun turut disediakan gate sekuriti utama bagi taman perumahan itu.

“Kawalan berpagar setiap masa bagi keselamatan penghuni sentiasa dijaga dan dilindungi dengan rapi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pemaju itu berkata, setiap rumah bandar di Greenwoods Senna mempunyai teres sisi dengan unit tertentu yang mempunyai teres belakang.

“Bagi unit rumah jenis A yang mempunyai teres sisi sahaja, ia amat sesuai untuk keluarga yang lebih kecil yang mencari persekitaran hidup lebih selesa.

“Teres tepi tersebut diyakini dapat dimanfaatkan sebagai ruang komuniti yang sempurna bagi perhimpunan keluarga besar dan perjumpaan dengan rakan-rakan,” katanya.

Sementara itu, katanya, unit rumah jenis C mempunyai ruang tamu yang luas dan fleksibel, sesuai untuk keluarga yang lebih besar.

“Rumah bandar jenis C dilengkapi dengan teres sisi dan belakang yang mana dapat menyediakan persekitaran yang dikhaskan untuk penduduk mencerminkan citarasa dan keinginan unik mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, , Greenwoods Senna turut menyediakan pelbagai kemudahan eksklusif untuk gaya hidup seperti taman rekreasi peribadi, yang sesuai untuk membuat aktiviti riadah, berjoging.

“Laluan khas bagi aktiviti berbasikal turut disediakan manakala taman permainan interaktif amat bersesuaian bagi penghuni yang mempunyai anak kecil untuk bermain.

“Penghuni juga boleh berehat di taman kesejahteraan dan ruang dek santai di tengah-tengah kehijauan yang subur.

“Selain itu, bagi mereka yang ingin mencari ketenangan jiwa, juga terdapat sebuah taman bukit yang indah, di mana menyajikan pemandangan panoramik dan sesuai untuk membuat aktiviti luar bersama,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga gelanggang badminton yang agak luas disediakan sesuai untuk melakukan aktiviti sukan dalaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN