PETALING JAYA: Bermula dengan hobi membela itik, Azwan Zainudin, 34, kini sudah menternak lebih 3,000 itik telur yang mampu menghasilkan sekitar 50,000 hingga 60,000 biji telur setiap bulan. Pemilik Azwanfarm Seremban yang terletak di Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan itu berkata, dia mula menternak itik telur secara serius setelah perniagaan dalam makanan dan minuman (F&B) iaitu kedai makan dan kafe terpaksa ditutup akibat terjejas pandemik Covid-19. Oleh itu, dia telah memutuskan untuk membela itik telur pada 2020 dan memasarkan telur itik segar dan telur itik masin di kedai dan restoran.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya