Sunway sasar jualan baharu sebanyak RM2.6 bilion - Utusan Malaysia

Sunway sasar jualan baharu sebanyak RM2.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Holdings Berhad (Sunway) menyasarkan jualan baharu sebanyak RM2.6 bilion tahun ini iaitu peningkatan enam peratus tahun ke tahun dengan jualan suku pertama menyumbang 19 peratus daripada sasaran, menurut TA Sector Research.

Menurutnya dalam satu nota penyelidikan, kumpulan itu merancang melancarkan projek bernilai RM1.4 bilion pada separuh kedua 2024, terutamanya di Malaysia yang merangkumi 83 peratus daripada jumlah pelancaran.

“Sunway mempunyai keterlihatan pendapatan untuk tiga hingga empat akan datang dengan jualan belum di bil sebanyak RM4.2 bilion dan buku pesanan pembinaan tertunggak sebanyak RM4.1 bilion bagi kerja luar sahaja,” katanya.

Katanya, Sunway Construction Group Berhad (SunCon) juga telah memperluaskan penglibatannya dalam Projek Kemudahan Teknologi Terkini dengan mendapatkan tiga projek pusat data baru di Lembah Klang pada suku pertama tahun ini.

“Ia terus aktif mencari peluang lanjut dalam sektor ini dan prospek untuk projek infrastruktur utama semakin menggalakkan dengan tender baharu untuk pengembangan Lapangan Terbang Pulau Pinang dan pembangunan cadangan projek Transit Aliran Ringan Bayan Lepas,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan kewangan suku kedua kumpulan itu, katanya, kumpulan itu dijangka menerima lonjakan ketara setelah selesai projek kondominium eksekutif di Singapura, Parc Central Residences dan menerima keuntungan besar

Firma penyelidikan itu berkata, keuntungan bersih teras Sunway pada suku pertama lalu sebanyak RM172.2 juta itu masih di dalam jangkaannya.

“Ia menyumbang 22 peratus daripada ramalan penuh tahun kami dan konsensus serta keuntungan progresif terkumpul untuk projek ini berjumlah RM120 juta pada akhir Mac 2024,” katanya.

Jelasnya, pendapatan suku pertama meningkat sebanyak 12 peratus tahun ke tahun (YoY) kepada RM1.4 bilion didorong oleh prestasi yang lebih kukuh di semua segmen perniagaan.

“Keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat 18 peratus tahun ke tahun, selaras pertumbuhan pendapatan dan semua segmen mencatatkan PBT yang lebih tinggi kecuali segmen perdagangan dan pembuatan serta segmen lain,” katanya.

Katanya, PBT segmen pembangunan hartanah meningkat 68 peratus disebabkan oleh jualan dan bil progres yang lebih tinggi daripada projek baru dan yang sedang berjalan.

“Selain itu, prestasi bahagian penjagaan kesihatan juga memberangsangkan dengan peningkatan 28 peratus tahun ke tahun dalam PBT didorong oleh peningkatan 34 peratus bagi kapasiti katil berlesen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya