Kafe LaPaRoti terima lebih pelanggan selepas peroleh sijil halal - Utusan Malaysia

Kafe LaPaRoti terima lebih pelanggan selepas peroleh sijil halal

RAFIDAH MOIN bersama suaminya, Mohd. Helmi Rahim menunjukkan produk roti yang dijual di LaPaRoti, Tama Setia Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kafe LaPaRoti menerima pelanggan secara berulang dan peningkatan 30 hingga 40 peratus selepas premis perniagaannya memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada April tahun lalu.

Pemilik Ninerich Management, Rafidah Moin, 45 berkata, pelanggan yang datang ke premis perniagaan mereka mula melihat logo halal yang dipaparkan di kafe mereka di Taman Setia Jaya, Jalan Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan.

“Pelanggan datang berulang ke premis perniagaan kami kerana melihat ada pensijilan halal.

“Produk utama kami, adalah roti pelbagai perisa jadi, ada pelanggan was-was untuk membeli roti kerana khuatir ada bahan yang meragukan. Jadi, selepas ada pensijilan halal ini kami mula menerima peningkatan 30 hingga 40 peratus pelanggan ke kafe,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Jelas Rafidah, dia memulakan perniagaan menjual roti pelbagai perisa sejak tempoh Perintah Kawalan Perniagaan (PKP)pada 2020 secara kecil-kecilan dari rumah.

“Selepas itu, pada 2023, kami mula membuat roti di bengkel berdekatan rumah sehingga menjadi sebuah kafe.

“Saya bagaimanapun telah memohon sijil halal pada 2022 dan telah lulus pada April 2023.

“Kini, pelanggan lebih yakin, dan menarik mereka (pelanggan) untuk ke premis perniagaan kami untuk mencuba hidangan roti pelbagai perisa,” katanya.

Produk roti seperti roti golok pelbagai perisa, roti cinnamon, korean garlic cheese, roti bakar manakala, terdapat produk makanan lain seperti nasi lemak, mi kari, cekodok dan lempeng dijual bermula dengan harga RM4.

Jelasnya, beliau telah memohon sijil halal kerana amat mementingkan pensijilan halal apabila membeli sebarang produk makanan.

“Bagi saya pensijilan halal amat penting dalam makanan atau minuman. Jadi, kita kita tidak akan merasa was-was,” katanya.

Rafidah turut menyeru semua usahawan agar memohon sijil halal bagi meningkatkan kepercayaan pembeli dan pelanggan lebih yakin dengan produk makanan dan minuman yang dijual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN