CASAVILLE, banglo satu tingkat yang mempersona - Utusan Malaysia

CASAVILLE, banglo satu tingkat yang mempersona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CASAVILLE merupakan pembangunan yang dibangunkan oleh S P Setia Bhd. yang dijangka akan mempesonakan pelanggan sasaran di perbandaran Setia EcoHill, Semenyih, Selangor.

Pembangunan 38 unit banglo satu tingkat dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM50 juta itu dijangka siap pada suku kedua 2026.

Unit banglo pegangan bebas tersebut akan mempunyai susun atur tiga bilik tidur tiga dan bilik air dengan binaan 1,994 hingga 2,075 kaki persegi.

Merangkumi sebahagian daripada perbandaran Setia EcoHill yang hijau, mampan dan matang di Semenyih, Casaville akan mempunyai akses rumah kelab kediaman persendirian perbandaran itu.

Selain itu, pembangunan berada dalam jarak berjalan kaki ke Oriental Garden seluas 5.3 hektar dan akan terletak berhampiran Setia EcoHill Walk Mall, yang merupakan pusat beli-belah pertama kejiranan itu.

Pembangunan yang dijual pada harga bermula dari RM1.37 juta juga menawarkan konsep anjung kereta tanpa pintu membolehkan sehingga enam tempat letak kereta.

Casaville merupakan sebahagian daripada komuniti berpagar dan berkawal yang mempunyai sistem keselamatan lima peringkat termasuk rumah pengawal yang mempunyai pintu ledakan berkembar, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), pagar perimeter, sistem penggera dan interkom.

Pembangunan ini akan menawarkan konsep e-hijau Setia dengan pelbagai elemen dan kemudahan rumah pintar dan mampan seperti panel solar, kunci pintar, suis hijau, Kotak 366, sistem penuaian air hujan, konduit kenderaan elektrik (EV) sedia dan sebagainya.

Pengurus Besar Bahagian S P Setia, Koh Sooi Meng berkata, Casaville dijangkakan menarik minat pemilik dan pelabur dari kawasan tadahan sekitar bandar seperti Ampang, Cheras, Kajang, Seri Kembangan, Puchong, Putrajaya, Nilai dan Seremban.

“Ia memaparkan rumah berkualiti yang kami bangunkan dalam pelan induk Setia EcoHill, Semenyih.

“Kami percaya pembangunan ini sesuai buat pelanggan ‘empty nesters’, keluarga dan ahli warga emas yang lebih suka rumah tanpa tangga untuk menyenangkan dan memudahkan penggerakan,” ujarnya.

Setia EcoHill adalah sebuah perbandaran kediaman dan komersial yang mempunyai jumlah simpanan tanah seluas 272.4 hentar dengan GDV sebanyak RM5 bilion.

Perbandaran ini berdekatan dan bersambung dengan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan lain-lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN