PTP beli lima kren dermaga saiz mega dari ZPMC - Utusan Malaysia

PTP beli lima kren dermaga saiz mega dari ZPMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) memeterai perjanjian pembelian lima kren dermaga bersaiz mega dari Shanghai Zhenhua Heavy Industries Co. Ltd (ZPMC).

Perjanjian tesebut telah ditandatangi oleh Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Mark Hardiman dan Naib Presiden ZPMC, Celilia Shen.

Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, menaruh keyakinan tinggi terhadap kerjasama bersama ZPMC atas reputasi kukuh syarikat tersebut serta kepakaran mereka dalam pembinaan jentera-jentera pelabuhan.

Katanya, perolehan jentera tersebut adalah merupakan satu langkah strategik yang penting dalam usaha mempertingkatkan keupayaan operasi terminal dan komitmen berterusan PTP dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan pihak berkepentingannya.

“Pelaburan terkini PTP terhadap jentera-jentera baharu ini juga membuktikan dedikasi kami terhadap usaha mengendalikan peningkatan jumlah kargo kontena di terminal pelabuhan, sekaligus memperkukuhkan lagi kedudukan PTP dalam dinamik perdagangan serantau,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Mark berkata, pembelian jentera tersebut merupakan sebahagian daripada strategi komprehensif pemodenan keupayaan terminal dan kapasiti jentera di PTP.

“Perolehan lima kren dermaga bersaiz mega ini turut melambangkan pengembangankapasiti yang sealiran dengan usaha-usaha naik taraf jentera dan infrastruktur yang ketara di PTP.

“Jentera berteknologi tinggi ini akan membantu PTP dalam meningkatkan kecekapan terminal dan aktiviti lain berkaitan pelabuhan.

“Ini terutamanya dalam usaha menguruskan peningkatan jumlah kargo kontena dengan berkesan dan memudahkan perdagangan serantau yang pantas dan lancar sambil mengekalkan standard keselamatan tertinggi,” ujarnya.

Beliau berkata, perolehan terbaharu ini juga sejajar dengan komitmen PTP dalam usaha pemerkasaan agenda kelestariannya yang fokus dalam mematuhi garis panduan dan piawaian pematuhan yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Paris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN