PETALING JAYA: Mandiri International Remittance, anak syarikat Bank Mandiri Indonesia, berhasrat membuka cawangan di Borneo bagi memenuhi permintaan pasaran pengiriman wang di Sabah dan Sarawak. Menurut Ketua Operasi Mandiri International Remittance Malaysia, Azman Mohd Hashim, pembukaan cawangan itu juga akan mengukuhkan kehadiran Mandiri di negara ini. “Antara lokasi yang sedang dipertimbangkan adalah di Kuching, Sarawak, Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Sementara itu, Presiden Pengarah Mandiri. Fitri Wahyu Adihartati berkata, ketika ini terdapat 13 cawangan Mandiri International Remittance di seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan pengiriman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya