Matrix Concepts fokus sektor hartanah - Utusan Malaysia

Matrix Concepts fokus sektor hartanah

PENYUSUTAN hartanah kediaman yang tidak terjual di Malaysia boleh dikaitkan dengan pengurangan inventori pemaju hartanah dan permintaan yang lebih kukuh. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAJU hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) akan terus memberi fokus kepada pembangunan sektor hartanah sehingga 2030 didorong oleh permintaan terhadap perumahan yang diunjur terus meningkat.

Malah, Syarikat menyasarkan pelancaran projek-projek hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai
RM5 bilion bagi tempoh antara 2025 hingga 2030.

Menurut Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock, Kumpulan
masih mempunyai lebih kurang 2,000 ekar tanah untuk digunakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Apa yang membanggakan beliau ialah, setiap projek pemba ngunan yang dilaksanakan Kumpulan mendapat permintaan tinggi di pasaran, membuktikan keyakinan pembeli kepada Matrix Concepts.

“Projek Matrix mencapai 95 hingga 100 peratus jualan dan Kumpulan berasa bangga kerana tiadak projek terbengkalai
dan projek dibuna, dijual dan diterima kunci sepenuhnya,” kata beliau kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Antara projek yang mendapat permintaan tinggi ialah Tiara Sendayan Presint 14C3-B yang dilancarkan pada Mei lalu.

Projek itu melibatkan pembinaan 130 unit rumah teres dua tingkat dengan kadar jualan melebihi 82 peratus setakat hujung Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Tian Hock berkata, Kumpulan menyasarkan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.3 bilion untuk tahun kewangan 2024 berakhir 31 Mac 2024.

Nilai itu tidak termasuk sasaran projek dengan GDV berjumlah RM5 bilion untuk tempoh 2025 hingga 2030.

Secara kasar, menurut Tian Hock, perolehan Matrix Cincepts adalah 85 peratus daripada sektor hartanah manakala
15 peratus lagi daripada pelbagai sektor termasuk hospitaliti dan penjagaan kesihatan.

RUMAH MAMPU MILIK
Menyentuh pembangunan rumah mampu milik, beliau berkata, syarikat tidak ‘meminggirkan’ projek berkenaan dalam membantu rakyat terutama berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri.

Menurut beliau, sehingga kini, Matrix Concepts telah membila lebih 5,000 unit rumah mampu milik berharga di bawah
RM300,000 dengan golongan pembeli yang disasarkan adalah B40 dan sebahagian besar penjawat awam.

“Antara lokasi pembinaan ialah Nusari Bayu, Hijayu, Tiara Sendayan dan terkini, Laman Sendayan dan Eka Heights, Bandar Sri Sendayan.

“Kita mengikuti polisi Kerajaan Negeri Sembilan di mana 20 peratus projek rumah mampu milik dengan harga RM80,000; 20 peratus di bawah harga RM250,000; manakala 10 peratus di bawah harga RM450,000,” katanya.

Menariknya, rumah mampu milik itu menjadi rebutan dan dalam tempoh dua hingga tiga bulan sahaja telah terjual sebanyak 79 peratus.

Tian Hock turut berkongsi kejayaan Matrix Concepts mengubah Bandar Sri Sendayan daripada kawasan perkampungan menjadi sebuah bandar yang mempunyai pelbagai fasiliti dan tarikan untuk didiami.

Selain itu, kewujudan pelbagai kilang perindustrian turut memberi peluang pekerjaan kepada bukan sahaja pembeli tetapi juga penduduk tempatan.

“Pihak Matrix Concepts turut menyediakan peluang pekerjaan bagi perindustrian seperti kilang pengeluar trak dan bas dari Jepun serta Safran yang memudahkan pembeli bekerja,” katanya.

Beliau berpendapat, citarasa pembeli yang mahukan rumah jenis bertanah dan berdekatan dengan Lembah Klang menjadi faktor penarik kepada pembeli.

Mengambil kira kadar ambilan yang tinggi bagi setiap projek dilaksanakan, Matrix Concepts menyasarkan keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan 2024 berakhir 31 Mac 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya