Pembeli rumah muda jadi mangsa ejen hartanah? - Utusan Malaysia

Pembeli rumah muda jadi mangsa ejen hartanah?

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBIASAANNYA ejen hartanah adalah orang yang memang kita percaya sepenuhnya dalam urusan jual beli sewa rumah memandangkan mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap mengenai hartanah yang ingin dibeli dan tahu proses yang tepat dalam urusan hartanah.

Tetapi, ada juga situasi di mana pembeli rumah perlu berhati-hati ketika berurusan dengan ejen hartanah supaya tidak tertipu.

Menurut Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia, Rosland Mohd. Arif, isu besar sedang berlaku sekarang adalah ejen hartanah ‘memancing’ pembeli rumah muda dengan menawarkan pembayaran balik (reimbursement) tunai.

“Pembeli rumah muda perlu lebih berhati-hati dengan projek hartanah baharu yang menawarkan pembayaran balik tunai sehingga RM100,000 atau RM200,000 jika mereka membeli hartanah itu.

“Walaupun ejen hartanah tahu gaji pembeli tidak cukup, tiada masalah untuk mereka teruskan kerana mereka akan bekerjasama dengan ‘orang dalam’ di bank yang boleh membuat dokumen mengikut keperluan mereka dan sebagainya.

“Perkara ini ejen hartanah akan lakukan dengan kerjasama orang yang bekerja di dalam bank bagi meluluskan pinjaman tersebut tanpa perlu melihat slip gaji yang sah.

“Akhirnya, mereka berjaya untuk memancing pelanggan untuk membeli dua buah rumah walaupun gaji hanya RM3,000. Pembeli biasanya akan terpedaya dengan pembayaran balik yang ditawarkan oleh ejen hartanah kerana boleh dapat tunai sehingga RM200,000.

“Hakikatnya, ramai pembeli rumah mudah berusia 35 tahun ke atas yang datang untuk mengadu dan meminta bantuan kepada saya kerana perkara ini kerana mereka tidak mampu untuk membayar ansuran rumah. Tunai yang diterima pula sudah habis diguna,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebagai contoh, harga pasaran rumah baharu yang mahu dijual bernilai RM400,000 tetapi ejen hartanah akan meningkatkan harga sehingga RM650,000 untuk dijual kepada pembeli.

Lebihan RM200,000 itu akan dibahagikan dan diberikan kepada pembeli sebanyak RM100,000 manakala ejen hartanah akan mengambil RM150,000. Adakah tindakan itu adil?, soal beliau.

Ejen hartanah yang mempunyai kemahiran untuk menjual dan bercakap akan menyakinkan pembeli dengan wang tunai sebanyak itu sebagai pembayaran balik.

Rosland berkata, bagi mengelak perkara ini terus berlaku, orang awam perlu diberikan kesedaran dan diberitahu untuk tidak terlibat dengan pembelian pembangunan projek baharu yang boleh dapat duit semula.

“Jika sudah tahu gaji hanya RM3,000, jangan membuat pinjaman baharu di dua atau tiga tempat dan jangan mudah terpedaya dengan ejen yang menawarkan wang tunai jika membeli rumah kerana ia merupakan satu jenayah komersial.

“Saya yakin lebih ramai akan bankrap jika perkara ini berterusan. Bank juga akan rugi. Pesalah sebenar di sini adalah ejen hartanah dan orang dalam bank yang bekerjasama dengan ejen tersebut.

“Mereka ini tiada integriti dan tidak amanah. Orang di bank sepatutnya telefon terus sumber manusia (HR) pembeli rumah untuk mengesahkan slip gaji pembeli sebelum meluluskan sebarang pinjaman.

“Kenapa mereka tidak telefon? Sebab dia (orang dalam bank) yang membuat dokumen, jadi mereka boleh ubah dokumen mengikut apa yang dimahukan.

“Bank Negara Malaysia (BNM) main peranan utama untuk ambil maklum dan memastikan semua dokumen mesti dapat pengesahan daripada HR bagi memastikan pembeli layak membuat pinjaman yang besar.

“Sekiranya tiada penglibatan HR dalam perkara ini maksudnya ada penipuan yang berlaku. Isu ini perlu diatasi segera sebelum ia menyebabkan lebih ramai orang muda bankrap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya