Kekal penarafan neutral sektor sarung tangan - Utusan Malaysia

Kekal penarafan neutral sektor sarung tangan

PERMINTAAN global untuk sarung tangan terus meningkat sebanyak 15 peratus setahun, disokong oleh peningkatan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kebersihan.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Research telah mengekalkan penarafan neutral pada sektor sarung tangan kerana percaya fasa yang teruk telah berakhir dari segi penurunan pendapatan untuk sektor itu, disokong oleh pengurangan tekanan kos dan penjimatan yang berpunca daripada penyahtauliahan kilang lebih tua melangkah ke separuh kedua 2023.

Firma penyelidikan itu berkata, sebarang penyahtauliahan lanjut kemudahan pengeluaran lama oleh pemain tempatan boleh mengurangkan lebih banyak tekanan bekalan daripada sektor itu.

“Pengurangan kapasiti industri sepatutnya membawa kembali persaingan yang lebih rasional dan diharapkan menghentikan pendarahan pemain.

“Penilaian kami adalah Hartalega Holdings Bhd (harga sasaran (TP): RM1.85), Top Glove Corp Bhd (TP: RM0.75), Kossan Rubber Industries Bhd (TP : RM1.28) dan Supermax Corp Bhd (TP: RM0.85),” katanya dalam satu nota kajian.

Kenanga menjangkakan persekitaran operasi akan terus kekal mencabar pada suku berikutnya yang dibelenggu oleh lebihan bekalan secara besar-besaran.

“Namun begitu, kami menjangkakan situasi lebihan bekalan menjadi kurang meruncing dan bertambah baik secara beransur-ansur berikutan tanda-tanda pemain mengurangkan kapasiti pengeluaran melalui penyahtauliahan loji terpilih.

“Berdasarkan anggaran kami, situasi permintaan bekalan hanya akan mula menuju ke arah keseimbangan pada 2025 apabila hampir tiada lagi kapasiti baharu yang akan datang.

“Manakala permintaan global untuk sarung tangan terus meningkat sebanyak 15 peratus setahun disokong oleh peningkatan kesedaran kebersihan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya