PLENITUDE Berhad memperkenalkan fasa terkini perbandaran Impian Hills- Hibiscus, koleksi rumah teres dua tingkat pegangan bebas.
Hibiscus merupakan satu lagi inisiatif Plenitude untuk menawarkan pembeli aspek keseimbangan ideal antara kehidupan kontemporari dengan elemen reka bentuk yang unik, diselaraskan secara sempurna dengan persekitaran semula jadi.
Dijangka siap pada suku ketiga tahun 2025, Hibiscus pastinya akan menjadi tambahan yang menambahkan kerancakkan dan kemeriahan komuniti Impian Hills.
Menurut Plenitude, inspirasi di sebalik Hibiscus adalah gabungan reka bentuk dalaman yang estetik, namun dapat berfungsi secara praktikal, lalu menghasilkan persekitaran kehidupan moden yang indah.
Penekanan kepada kebolehcapaian dan keterangkuman katanya, memastikan keperluan unik setiap penduduk dipenuhi. Selari dengan visi Plenitude, Impian Hills juga menanamkan komitmen terhadap kelestarian dan keharmonian komuniti yang tercermin apabila 13 peratus kawasan perbandaran ini dikhususkan untuk taman terbuka dan kawasan kebun.
“Konsep penyatuan dengan alam semula jadi amat dititikberatkan dan terserlah dalam penamaan yang bertemakan flora bagi kedua-dua fasa perumahan iaitu Magnolia dan Hibiscus,” katanya dalam kenyataan.
Rekaan perumahan Hibiscus menawarkan bilik mandi en suite yang direka secara teliti untuk setiap bilik tidur, disertai dengan ruang keluarga tambahan di tingkat atas.
Konsep menarik ini membentuk ruang peribadi dalam rumah, menyediakan keselesaan dan privasi buat penghuninya. Ruang tamu dan makan yang saling bersambung membentuk ruang komunal pusat, sesuai untuk hiburan dan mengukir kenangan indah
bersama keluarga.
Di samping itu, trek jogging dan taman khas tersedia hanya dengan menjejak kaki di kawasan luar pintu rumah, mendorong gaya hidup yang sihat dan seimbang. Fasa Hibiscus jenis A, menawarkan saiz tanah 22′ x 75′ dengan keluasan
binaan 2,057 kaki persegi, dan dimana jenis B pula mempunyai keluasan saiz tanah 22′ x 80′ dan keluasan binaan 2,203 kaki persegi.
Kedua-dua jenis kediaman ini menawarkan penduduknya ruang yang mencukupi untuk memperibadikan persekitaran mereka, memupuk komuniti yang sejahtera dan mampan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Plenitude, Lee Wee Kee, kadar pengambilan yang memberangsangkan iaitu melebihi 50 peratus sejak pelancaran Ogos 2023 merupakan bukti kukuh tentang daya tarik Hibiscus yang tidak dapat dinafikan.
“Fasa sebelumnya, Magnolia telah habis terjual, dan kini dengan sambutan Hibiscus yang menggalakkan, membuktikan komitmen Plenitude bagi membina rumah impian bagi setiap orang adalah perkara yang nyata,” kata beliau.
Kata beliau, penglibatan berterusan Plenitude dengan pasaran, perunding, dan kontraktor memastikan Syarikat memberikan apa yang diingini pasaran dengan tepat.
“Plenitude Berhad komited untuk menjadi pemaju yang boleh dipercayai, teguh dalam memenuhi komitmen kami untuk memenuhi piawaian jaminan kualiti yang ketat,” tambah beliau.
Terletak di tengah-tengah Ulu Tiram dalam perbandaran Impian Hills seluas 285.5 ekar, Hibiscus dikelilingi oleh persekitaran yang tenang dengan ketumpatan penduduk yang lebih rendah.
Dilengkapi dengan akses terus ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Senai-Desaru dan Lebuhraya Tebrau melalui Jalan Kota Tinggi, penduduk dapat menikmati keselesaan pergerakan yang lebih lancar. Hibiscus sememangnya sangat sesuai untuk golongan pembeli rumah pertama dan keluarga yang sedang berkembang.
Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan keperluan harian terletak dalam jangkauan mudah komuniti Impian Hills. Pelbagai pilihan pusat beli-belah dari Ikea Tebrau dan AEON Mall Tebrau City hingga Lotus’s Desa Tebrau membuatkan urusan membeli-belah menjadi lebih mudah. Penduduk juga mempunyai akses ke institusi pengajian ternama, sama ada awam atau swasta,
Keperluan perubatan juga dapat dipenuhi, dengan adanya klinik dan hospital berdekatan. Selain itu, penduduk dapat menikmati aktiviti rekreasi di Pusat Sukan & Rekreasi Tebrau, Taman Kelip-Kelip Kota Tinggi, Taman Tema Air dan Pengembaraan Austin Heights. – UTUSAN