Untung bersih UMW Holdings disemak naik 2023, 2024 - Utusan Malaysia

Untung bersih UMW Holdings disemak naik 2023, 2024

PELANCARAN model Vios baharu, memacu jualan UMW Toyota MOTOR dan UMW Holdings. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MIDF Research menyemak naik unjuran untung bersih UMW Holdings Berhad (UMW Holdings) bagi tahun kewangan 2023 dan 2024, masing-masing sebanyak 5.6 peratus dan 1.9 peratus.

Firma penyelidikan itu berkata, semakan semula tersebut setelah mengambil kira hasil dan margin peralatan yang lebih baik dalam keputusan kewangannya.

Katanya, keputusan separuh pertama UMW Holdings mendahului jangkaan berikutan permintaan dan margin peralatan yang lebih kukuh daripada jangkaan.

“Kumpulan itu melaporkan keuntungan bersih teras suku kedua sebanyak RM127 juta naik 18 peratus tahun ke tahun, yang menjadikan pendapatan teras separuh pertama kepada RM261 juta (naik 25 peratus tahun ke tahun) (dinormalisasikan untuk keuntungan RM177 juta sekali sahaja atas penjualan tanah).

“Ini masing-masing menyumbang 61 peratus dan 63 peratus daripada unjuran kami,” katanya dalam nota penyelidikan.

Firma penyelidikan itu berkata, pendapatan teras kumpulan bagi suku kedua meningkat 18 peratus tahun ke tahun didorong terutamanya oleh bahagian peralatan (naik 38 peratus) dan mekanikal dan elektrikal (M&E) (67 peratus).

Jelasnya, ini didorong oleh permintaan kukuh dalam pasaran domestik dan luar negara, terutamanya dalam segmen peralatan berat, manakala margin keuntungan sebelum cukai (PBT) kekal berdaya tahan menghampiri 11 peratus.

“Kami meningkatkan nilai nyata ‘some-of-the parts (SOP)’ bagi UMW kepada RM4.84 sesaham daripada RM4.60 sebelum ini.

“Selain itu, kami juga mengekalkan saranan kepada pemegang saham untuk menerima tawaran belian Sime Darby pada harga RM5.00.

“Tawaran ini menilai UMW pada 13.1 kali sasaran nisbah harga pendapatan (PER) tahun kewangan 2024, pada premium minimum sejarah lima tahun UMW sebanyak 12.9 kali dan pada nilai buku tahun kewangan 2023 sebanyak 1.3 kali, yang kami percaya adalah adil.

“Secara amnya, kami percaya UMW telah menunjukkan prestasi yang baik sejak melalui kitaran permintaan automotif pada tahun kalender 2020. Tahun ini dijangka menyaksikan jumlah keseluruhan industri (TIV) mencecah satu lagi rekod tertinggi 725,000,” ujarnya.

MIDF Research berkata, pihaknya melihat tawaran pembelian ini sebagai peluang yang baik untuk minoriti UMW untuk keluar pada kitaran permintaan automotif pada puncak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya