PETALING JAYA: Jacobs Douwe Egberts Malaysia, pemilik jenama Kopi SUPER™ optimistik produk baharunya SUPER™ Klasik mampu menembusi pasaran tempatan memandangkan ia dihasilkan bagi memenuhi permintaan peminat tegar kopi dan peminum teh serta bijirin yang berkualiti.
Pengurus Besarnya, Fiona Tan berkata, pihaknya yakin kopi SUPER™ Klasik bakal menjadi minuman kegemaran peminat kopi tempatan lebih-lebih lagi ia mudah diperoleh, berkualiti serta dijual pada harga berpatutan.
“Kami sentiasa menantikan lebih banyak inovasi yang menarik bagi jenama SUPER™ dan kopi klasik baharu kami ini bakal menjadi kopi kegemaran rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila kami bekerjasama dengan Pelawak terkenal Shuib.
“Sasaran pasaran bagi SUPER™ Klasik adalah lebih kepada rakyat Malaysia kerana setiap hari penggemar kopi bertambah dan kita mahu menawarkan mereka kopi yang mudah diakses pada harga berpatutan dengan kualiti yang bagus,” katanya pada majlis pelancaran kopi berkenaan, baru-baru ini.
Ditanya mengenai sasaran jualan produk baharunya itu, Fiona berkata, buat masa ini, pihaknya lebih memberi tumpuan kepada penembusan pasaran tempatan memandangkan SUPER™ Klasik baharu sahaja dilancarkan.
“Bagi saya terlalu awal untuk kami berkongsi sebarang angka tetapi saya amat optimi bahawa produk baharu kami ini bakal mendapat sambutan luar biasa memandangkan apa sahaja boleh berlaku,” jawabnya ringkas.
Pelancaran SUPER™ Klasik menggambarkan komitmen SUPER™ untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dengan menyediakan minuman yang mudah dan menyegarkan. – UTUSAN