Potensi pasaran madu halal di Malaysia tinggi - Utusan Malaysia

Potensi pasaran madu halal di Malaysia tinggi

JADWA menunjukkan madu yang diimport dari Mesir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pengeluar madu jenama Madduna JF Best Solution Sdn.Bhd. menyasarkan 10,000 kotak sebulan menjelang akhir tahun 2023 berdasarkan pasaran dan permintaan tinggi di negara ini.

Pengarah syarikat, Jadwa Abu Bakar berkata, sasaran tersebut relevan selepas penetapan standard tdan piawaian makanan dari negara pengeluar, Mesir.

Selain itu katanya, pengiktirafan sijil dari Kementerian Kesihatan negara itu dan disahkan halal oleh pihak berkuasa negara berkenaan menyumbang kepada peningkatan sasaran berkenaan.

“Kami cuba untuk memberi saingan bagi memastikan hanya produk madu berkualiti tinggi dan kompetitif berada dalam pasaran.

“Apa yang penting ia secara tidak langsung memperkukuhkan industri madu dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu sumber hub pasaran madu terkemuka,”katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Madduna mula beroperasi pada tahun lalu dan diimport terus dari kilang terkemuka di Mesir secara terus tanpa melalui orang tengah bagi menawarkan harga yang lebih murah.

Mengulas lanjut, Jadwa memberitahu, madu menjadi antara produk berpotensi untuk dipasarkan di negara ini berikutan kesedaran ramai pihak terhadap produk antara yang mengandungi sumber antioksidan baik untuk kesihatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya