MKM mahu jadi syarikat pengendali utama umrah, haji di Malaysia - Utusan Malaysia

MKM mahu jadi syarikat pengendali utama umrah, haji di Malaysia

ABDUL Hadi Abdul Rahman (tiga dari kanan) bersama kakitangan MKM ketika menyertai MATTA Fair di Mitec, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MKM Ticketing and Tour Sdn. Bhd. (MKM), sebuah syarikat pengendali umrah dan haji yang semakin dikenali, mengambil langkah proaktif untuk menjadi pilihan utama bagi mereka yang bercadang untuk menunaikan ibadah umrah dan haji di Malaysia.

Pengarah MKM, Abdul Hadi Abdul Rahman berkata, syarikatnya sedang menggubal strategi baharu untuk mempertingkatkan kehadiran mereka di pasaran dengan kempen-kempen pemasaran yang lebih agresif dan menerokai peluang-peluang pasaran di luar negara.

Sehubungan itu, ujarnya, MKM baru-baru ini telah menyertai MATTA Fair 2023 dan bakal mengambil bahagian dalam acara yang serupa di Pulau Pinang selama dua hari bermula pada 30 September ini.

“Langkah ini bertujuan menarik perhatian masyarakat Islam di bahagian utara Malaysia dan memberi mereka peluang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pakej umrah dan haji yang ditawarkan oleh MKM.

“Selain itu, MKM juga melibatkan diri dalam mengaturkan program kembara khas untuk 30 pelajar dari Sekolah Bina Insan (SBI), sebuah institusi pendidikan tahfiz swasta yang dimiliki oleh Yayasan MSU. Mereka akan dibawa ke Tanah Suci dalam program yang dikenali sebagai Mukhayyam Madinah 2023,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Hadi menjelaskan, dalam pasaran yang semakin mencabar dengan kehadiran banyak pemain baharu, pihaknya perlu lebih pantas merebut peluang dengan memperkenalkan produk-produk menarik dan perkhidmatan yang lebih baik.

“Salah satu inisiatif utama MKM adalah menawarkan pakej yang berpatutan bagi mengurangkan bebanan kewangan kepada bakal jemaah agar mereka dapat menunaikan ibadah dengan lebih selesa, terutama ketika terdapat peningkatan kos dalam kehidupan harian mereka.

“MKM juga menyediakan pakej rawatan perubatan dan kecemasan tanpa tunai Al Khairi Care untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah semasa perjalanan ibadah Umrah. Ini adalah usaha tambahan yang memastikan pengalaman ibadah yang selamat dan lancar bagi jemaah kami,” ujarnya.

Tambah beliau, MKM bukan hanya syarikat pengendali umrah dan haji yang menawarkan pakej-pakej dengan diskaun yang menarik, tetapi juga membantu bakal-bakal jemaah membuat keputusan yang berinformasi bagi kemudahan mereka, menjadikan pengalaman ibadah mereka yang lebih bermakna dan selamat.

Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam mengendalikan ibadah umrah dan haji, MKM telah menerbangkan hampir 50,000 jemaah rakyat Malaysia sejak 10 tahun lalu, membuktikan diri sebagai syarikat yang kukuh dan mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti dan terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya