GRAND Damansara, yang terletak di tengah-tengah Petaling Jaya telah menerima permintaan yang kukuh dan berterusan untuk pembangunan bersepadu yang terletak secara strategik selain menawarkan gaya hidup yang komprehensif.
Grand Global, pemaju hartanah terkenal dengan projek di Malaysia dan Australia, baru-baru ini merekodkan kadar pengambilan sebanyak 53 peratus daripada menara kediaman dalam projek pembangunan bersepadu terbaharunya seminggu selepas pelancarannya.
Pengarah Eksekutif Grand Global, Song Chin Yew berkata, sambutan hebat terhadap Grand Damansara telah melebihi jangkaan pihaknya.
“Jualan yang mengagumkan ini bukan hanya mencerminkan permintaan yang tinggi untuk hartanah kediaman premium yang terletak di lokasi strategik, tetapi juga merupakan tarikan tersendiri bagi projek terbaru kami yang menawarkan pengalaman hidup bersepadu dalam bandar yang matang.
“Projek 40 tingkat ini menawarkan empat jenis konfigurasi unit, dari unit 1 tambah 1 bilik hingga pangsapuri tiga bilik tidur, memberikan pilihan untuk setiap gaya hidup.
“Harga untuk unit 1 tambah 1 bilik bermula dari RM 435,800, manakala unit 2 tambah 1 bilik berharga dari RM 637,800 dan unit tiga bilik tidur, dua bilik mandi dijual pada RM 806,800.
“Penduduk juga berpeluang menikmati 28 kemudahan canggih termasuk kolam renang, jakuzi, taman permainan kanak-kanak, dapur residen umum, dan banyak lagi,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mengaitkan kejayaan Grand Damansara dengan kerjasama Didian, sebuah firma proptech Malaysia yang mengendalikan platform hartanah bagi ejen dan agensi untuk berhubung dengan projek pembangunan daripada pemaju-pemaju terkemuka di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Jualan dan Pemasaran di Grand Global, Edison Toh berkata, pihaknya sangat gembira dengan sambutan yang baik dari golongan pasangan suami isteri muda, keluarga, dan pemilik rumah pertama.
“Ini mengukuhkan keyakinan kami bahawa Grand Damansara memenuhi keperluan gaya hidup moden yang menjadi pilihan pembeli kami, yang menitikberatkan konsep gaya hidup mengikut kadar individu.
“Ini memberi peluang untuk penduduk menjalani kehidupan yang holistik dan menikmati saat-saat privasi serta menjalin hubungan yang lebih erat,” katanya.
Projek ini menampilkan gabungan gaya hidup dan unit kediaman yang harmoni, dengan integrasi antara dek podium dan kedai di tingkat bawah dan tingkat pertama.
Salah satu fokus utama adalahrestoran makanan segera yang disukai ramai, McDonald’s, yang juga akan mengendalikan restoran pandu lalu.
Projek ini dapat diakses dari lebuh raya utama seperti Sprint Highway dan North Klang Valley Expressway.
Ia juga dikelilingi oleh kawasan kejiranan yang matang, menjadikannya lokasi idaman bagi pemilik rumah moden.
Keselesaan juga menjadi faktor tarikan tambahan projek ini kerana Grand Damansara terletak berhampiran dengan tujuh pusat membeli-belah termasuk Galeri Beli-belah Atria, Starling Mall, Centrepoint Bandar Utama, 1 Utama, 3 Damansara, Megah Rise Mall dan Seventeen Mall.
Terdapat juga stesen LRT yang berada dalam jarak berjalan kaki, dan ini memberi akses mudah kepada penduduk Grand Damansara ke seluruh Kuala Lumpur.
Grand Damansara bukan sekadar tempat kediaman, malah ia menawarkan gaya hidup yang komprehensif.
Projek ini direka dengan teliti oleh firma seni bina pemenang anugerah PI Architects dengan rekabentuk dalaman oleh CHI Design Sdn Bhd.
Lanskap yang subur diakreditasikan kepada hasil WDI Design Sdn. Bhd., yang bertujuan untuk mencipta sebuah oasis bandar yang tenang.
Grand Global, pemaju Grand Damansara, mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menyampaikan pembangunan berkualiti tinggi, termasuk Grand Medini yang telah memenangi beberapa anugerah, di mana pembangunan itu telah disiapkan lebih awal dari jangkaan.
Grand Global juga memiliki Laguna Redang Island Resort di Pulau Redang, seterusnya mempamerkan keupayaannya dalam menyampaikan hartanah gaya hidup yang luar biasa. – UTUSAN