13 perkara utama dalam perjanjian jual beli hartanah - Utusan Malaysia

13 perkara utama dalam perjanjian jual beli hartanah

BAKAL pembeli perlu membuat semakan supaya tidak ditipu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMBELI rumah pertama adalah sesuatu yang mengujakan terutamanya bagi mereka yang sudah lama berhasrat untuk memiliki hartanah sendiri.

Bagaimanapun, banyak perkara yang perlu diketahui oleh pembeli sebelum menandatangani perjanjian jual beli (SPA) yang juga dikenali sebagai SNP.

SPA ataupun SNP rumah adalah surat perjanjian dalam proses jual beli rumah untuk menukar hak milik rumah kepada pemilik rumah yang baru.

Perjanjian tersebut adalah dokumen yang sangat penting dalam transaksi hartanah di Malaysia dan harus dirancang dengan hati-hati.

Sebelum menandatangani perjanjian tersebut, pembeli disarankan untuk mendapatkan nasihat dari seorang peguam hartanah yang berpengalaman untuk memastikan semua syarat dan ketentuan sesuai dan melindungi kepentingan anda.

Pada minggu ini, Peguam Hartanah dari Tetuan Nazri Azmi Islinda, Datuk Nazri Mustafa berkongsi 13 perkara utama yang perlu ada dalam perjanjian jual beli hartanah.

Pihak-pihak yang terlibat
Nama dan perincian lengkap penjual dan pembeli harus dinyatakan dengan jelas dalam dokumen perjanjian tersebut

Butir-butir hartanah
Perjanjian tersebut perlu mempunyai perincian yang jelas tentang hartanah yang dijual kepada pembeli.

Perkara tersebut termasuk alamat, saiz tanah, saiz binaan, dan nombor lot.

Harga jual beli
Harga yang dipersetujui untuk hartanah harus dijelaskan dengan jelas dalam perjanjian.

Ini termasuk juga barangan yang termasuk dalam harga hartanat tersebut.

Sebagai contohnya, perabot atau kelengkapan tertentu yang ditawarkan oleh pemaju untuk hartanah terbabit.

Jadual bayaran
Perjanjian harus memuatkan jadual pembayaran, termasuk bayaran pendahuluan, bayaran ansuran, dan bayaran akhir.

Tarikh penyerahan hartanah
Tarikh penyerahan hak milik hartanah biasanya termasuk dalam perjanjian.

Ini adalah keadaan atau tarikah penyerahan hak milik sebenar kepada pembeli akan dilakukan.

Syarat penyerahan hartanah
Dokumen juga menyatakan cara penyerahan hartanah harus dijelaskan .

Ini meliputi apakah hartanah tersebut akan diserahkan dalam keadaan sedia ada atau tertakluk kepada pembaikan tertentu.

Syarat-syarat pembatalan
Perjanjian perlu mengandungi syarat yang menggariskan apa yang akan terjadi jika salah satu pihak gagal memenuhi kewajipannya, termasuk syarat-syarat pembatalan perjanjian.

Caj-caj tambahan
Semua caj-caj tambahan yang terkait dengan transaksi, seperti cukai pemindahan hak milik, cukai tanah atau kos guaman, harus dinyatakan secara jelas.

Kewajipan pemeriksaan hartanah
Perjanjian mungkin mengandungi syarat-syarat yang mengharuskan pembeli untuk melakukan pemeriksaan hartanah sebelum membeli serta batas waktu untuk pemeriksaan tersebut.

Bukti hak milik
Penjual harus memberikan salinan dokumen hak milik yang sah kepada pembeli.

Penyelesaian perselisihan
Jika ada perselisihan, perjanjian harus mengandungi peruntukan mengenai bagaimana perselisihan tersebut akan diselesaikan, seperti melalui mahkamah atau perantaraan atau arbitrasi.

Tempoh penyelesaian
Perjanjian akan menyatakan tempoh di mana transaksi perlu disempurnakan, termasuk penyerahan wang pembelian.

Apa yang termasuk atau tidak termasuk jualan
Perjanjian perlu menjelaskan apa yang termasuk dalam jual beli seperti perabot atau kelengkapan tertentu dan apa yang tidak termasuk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya