Transaksi tanpa tunai tingkat pendapatan penjaja

Transaksi tanpa tunai tingkat pendapatan penjaja

MOHD. NOOR HELMY Abdul Halem (lima dari kanan) dan Zulkarnain Mohd. Yassin (depan, tiga dari kiri) pada program lawatan ke Pasar Malam Taman Seri Duyong di Duyong, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Prestasi perniagaan para penjaja meningkat sebanyak 2.5 peratus setelah menggunakan platform pembayaran tanpa tunai.

Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Zulkarnain Mohd. Yassin berkata, peralihan berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai transformasi digital semata-mata tetapi menilainya daripada sudut manfaat yang akan dinikmati oleh peniaga itu sendiri.

“Kadang-kadang apabila pergi ke pasar malam kita terlupa membawa dompet, duit tidak cukup atau tiada duit kecil, jadi kita tidak membeli. Dengan e-dompet ini kita boleh membuat pembayaran tanpa tunai.

“Peniaga sentiasa ada peluang kerana perbelanjaan tetap berlaku walaupun pelanggan tidak membawa tunai. Sebab itu kita sentiasa menggalakkan tranformasi digital kerana memberi manfaat kepada semua pihak termasuk peniaga dan pengguna,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pasar Malam Taman Seri Duyong di sini, semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, kerajaan negeri menyasarkan peningkatan lebih 50 peratus atau kira-kira 4,000 penjaja akan beralih kepada platform pembayaran tanpa tunai menjelang hujung tahun ini.

Beliau berkata, inisiatif tersebut telah bermula di Bazar Ramadan Semabok Perdana yang mana seramai 30 daripada 120 penjaja telah beralih kepada tanpa tunai.

Kata beliau, ia kemudiannya diperluas ke Pasar Malam Semabok dan Pasar Malam Taman Seri Duyong yang terlibat dalam Program Transformasi Pasar Malam.

“Pasar Malam Semabok ada lebih 100 penjaja dan kita mewajibkan mereka bersedia ke arah tanpa tunai. Kita juga yakin lebih separuh daripada 100 penjaja di Pasar Malam Taman Seri Duyong akan beralih ke platform tanpa tunai.

“Inisiatif ini akan diperluaskan ke seluruh Melaka. Kita akan memberi galakan kepada semua penjaja berlesen sehingga ia menjadi kesedaran kepada mereka untuk berubah dan mentransformasikan perniagaan sendiri.

“Kita percaya menjelang hujung tahun ini lebih 50 peratus penjaja akan berubah ke arah tanpa tunai. Kita yakin benda (pemikiran) ini boleh diubah kerana banyak agensi yang terlibat untuk memberi bantuan, kemudahan dan tunjuk ajar berterusan kepada masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya