Pendapatan jangka panjang Sunway REIT dijangka positif - Utusan Malaysia

Pendapatan jangka panjang Sunway REIT dijangka positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) dijangka mempunyai prospek pendapatan jangka panjang yang positif dengan pendapatan stabil daripada aset runcit yang akan disokong oleh pengembalian sewa yang positif.

MIDF Research berkata, pihaknya menyemak unjuran pendapatan tahun kewangan 2023, 2024 dan 2025 masing-masing turun sebanyak 4.3 peratus, naik 0.5 peratus dan naik 1.6 peratus.

Katanya, semakan tersebut selepas mengambil kira kehilangan pendapatan daripada konfigurasi semula Sunway Pyramid Mall dan sumbangan daripada enam pasar raya besar yang akan diambil alih tidak lama lagi.

“Sunway REIT mengumumkan pengambilalihan enam pasar raya besar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk cadangan pembelian sebanyak RM520 juta pada Mac 2023. Pengambilalihan itu dijangka selesai pada September 2023.

“Selain itu, pemulihan di bahagian hotel dijangka menyokong pertumbuhan pendapatan pada masa hadapan,” katanya dalam nota penyelidikan di sini baru-baru ini.

Firma penyelidikan itu berkata, pihaknya mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap Sunway REIT dengan menyemak semula harga sasaran (TP) kepada RM1.70 daripada RM1.73 sebelum ini.

“Kami kekal optimis dengan Sunway REIT kerana kualiti aset runcitnya yang baik dengan jumlah pembeli yang tinggi dan pengembalian sewa positif yang memberi petanda baik untuk pertumbuhan jangka panjang dalam pendapatan sewa.

“Selain itu, pemulihan bahagian hotelnya sepatutnya mendapat manfaat daripada pemulihan industri pelancongan di Malaysia memberikan peningkatan kepada pendapatan,” ujarnya.

Sementara itu, Maybank Investment Bank (Maybank IB) dalam nota penyelidikannya pula mengekalkan saranan ‘pegang’ terhadap Sunway REIT pada TP RM1.54.

Menurutnya, keputusan kewangan suku kedua 2023 adalah sejajar dengan pertumbuhan hasil yang disumbangkan terutamanya oleh hotel iaitu Hotel Sunway Resorts, Hotel Sunway Pyramid dan segmen runcit bagi Sunway Pyramid Mall dan Sunway Carnival Mall.

Bagaimanapun, Maybank IB berkata, hasil tersebut tetapi diimbangi oleh kos utiliti dan kewangan yang lebih tinggi.

“Pemacu pendapatan jangka pendek Sunway REIT akan kekal dari aset runcit dan hotelnya iaitu sumbangan pendapatan setahun penuh daripada Sunway Carnival Mall (sayap baharu), dan Hotel Sunway Resort beroperasi dalam kapasiti penuh mulai Julai 2023,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya