Saranan beli untuk saham TNB - Utusan Malaysia

Saranan beli untuk saham TNB

RHB Investment Bank mengekalkan saranan ‘beli’ kepada TNB dengan harga sasaran RM16.70 sesaham.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakuten Trade mengekalkan saranan beli terhadap saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan harga sasaran (TP) RM10.64 kerana kedudukannya yang dominan dalam sektor penjanaan tenaga, serta penghantaran dan pengagihan kuasa di negara ini.

Selain itu, menurut firma penyelidikan itu, pendapatan defensif TNB disokong oleh ekonomi domestik berdaya tahan dan aset yang sebahagian besarnya dikawal selia, serta status saham berkaitan indeks wajaran tingginya.

“Hasil dividen TNB juga adalah pada kedudukan yang baik iaitu lebih empat peratus,” katanya dalam nota kajian.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan pengenalan subsidi disasarkan buat pertama kali untuk pengguna elektrik di
Semenanjung Malaysia dengan surcaj tarif elektrik sebanyak 10 sen/kWj bagi pengguna domestik yang menggunakan lebih daripada 1,500 kWj sebulan

Sementara itu, pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 1,500 kWj sebulan akan terus menikmati rebat dua sen/kWj.

Ini akan menjejaskan lebih 83,000 isi rumah atau 1.0 peratus daripada jumlah pengguna domestik dengan peningkatan bil elektrik bulanan minimum RM187 atau 25 peratus.

Dengan purata harga arang batu yang lebih rendah sebanyak AS$173.5/MT dalam separuh pertama 2023 daripada AS$224.0/MT dalam separuh kedua 2022, surcaj tarif untuk bukan
pengguna domestik voltan sederhana dan tinggi akan dikurangkan kepada 17sen/kWj daripada 20 sen/kWj.

Pengguna bukan domestik yang terdiri daripada operator air dan pembetungan akan menerima pengurangan surcaj daripada 20 sen/kWj kepada 3.7 sen/kWj.

Pengguna voltan rendah dan kategori tarif pertanian khusus bagi pengguna bukan domestik akan terus dikenakan surcaj kadar 3.7 sen/kWj.

Jelas Rakuten Trade, pelarasan surcaj ini adalah neutral kepada pendapatan TNB dengan kesan ketinggalan (lag effect) enam bulan kerana kekurangan diisi oleh bayaran kerajaan (subsidi).

“Sebaliknya, dengan kos bahan bakar yang menurun, TNB dipandu untuk Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak RM9.0 bilion pada separuh kedua 2023 berbanding RM16.2 bilion dalam separuh pertama 2023.

“Ini akan mengakibatkan penghutang ICPT merosot kepada RM10.2 bilion menjelang Jun 2023 daripada RM16.9 bilion pada suku keempat 2022 sekali gus menghasilkan aliran tunai yang lebih kukuh untuk TNB dengan mengurangkan hutangnya dan kos perkhidmatan faedah dalam separuh kedua tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN