Gading Kencana tembusi pasaran Indonesia dan Filipina - Utusan Malaysia

Gading Kencana tembusi pasaran Indonesia dan Filipina

Penyedia perkhidmatan tenaga boleh diperbaharui (RE), Gading Kencana Development Sdn. Bhd. (Gading Kencana) mengembangkan perniagaannya dengan menembusi pasaran Indonesia dan Filipina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Penyedia perkhid­matan tenaga boleh diperbaharui (RE), Gading Kencana Development Sdn. Bhd. (Gading Kencana) mengembangkan perniagaannya dengan menembusi pasaran Indonesia dan Filipina.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Ir. Guntor Mansor Tobeng berkata, pihak bercadang untuk membuka ladang solar di kedua-dua negara tersebut dan ketika kini sudah dalam proses rundingan.

Katanya, Indonesia mempunyai potensi yang besar tetapi masih belum boleh bergerak kerana mempunyai komitmen batu bara yang terlalu tinggi dan memerlukan rakan strategik untuk datang serta membangunkan ladang solar.

“Jika mereka tidak menuju kepada RE, nanti barang-barang yang dikeluarkan di negara tersebut tidak boleh diekpsort ke Eropah dan Amerika Syarikat (AS) kerana dunia bergerak ke arah karbon sifar bersih.

“Buat masa ini, kami sudah membuka syarikat di sana dan memulakan perniagaan pajakan solar kepada syarikat-syarikat swasta seperti hospital dan kilang-kilang,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga dalam proses perbincangan dengan Philippine National Oil Company (PNOC) untuk membuka ladang solar dan mengenalpasti dua lokasi yang berpotensi iaitu Mindanao dan Palawan.

Menurutnya, pembangunan ladang solar tersebut dijangka melibatkan pelaburan kira-kira RM500 juta dan pembahagian pelaburan tersebut masih lagi dalam rundingan dengan rakan strategik tersebut.

“Industri RE di sana lebih liberal dan mempunyai potensi yang sangat tinggi. Buat masa ini, kami adalah satu-satunya syarikat RE bumiputera yang telah menembusi pasaran luar negara,” ujarnya.

Tambah beliau, syarikat juga merancang untuk menyenaraikan syarikat yang tersebut di Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Kami dalam proses mengemaskini perakuan syarikat bagi melancarkan proses penyenaraian untuk menjadikan Gading Kencana sebagai syarikat korporat.

“Syarikat dijangka akan mencapai keuntungan sebelum cukai sebanyak RM5 juta bagi tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya