Lalamove mahu luaskan liputan antara bandar di Semenanjung Malaysia - Utusan Malaysia

Lalamove mahu luaskan liputan antara bandar di Semenanjung Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lalamove, penyedia perkhidmatan penghantaran berpangkalan di Hong Kong merancang untuk terus memperluaskan liputan penghantarannya di antara bandar di negara ini terutamaya di Semanjung Malaysia.

Naib Presiden Manusia dan Pengarah Urusan Lalamove Asia Tenggara, Patrick Yu berkata, pihaknya mahu mengukuhkan lagi penghantaran antara bandar yang mereka beroperasi ketika ini iaitu Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

Katanya, Lalamove percaya pengguna teknologi dapat membantu mereka untuk menghubungkan bandar-bandar bagi memenuhi permintaan logistik dalam pasaran.

“Dalam masa sama, kami juga memberi fokus dalam pengembangan rangkaian ‘intra city’ (dalam bandar) dalam empat bandar yang kami berada ketika ini.

“Walaupun ramai sudah mengenali Lalamove tetapi kami merasakan kami masih lagi kecil dalam pasaran jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan keperluan logistik dalam pasaran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Patrick berkata, syarikat yang ditubuhkan pada 2013 dan memasuki pasaran Malaysia pada 2018 tersebut juga sedang mengembangkan jenis kenderaan yang ditawarkan di platformnya.

“Semasa pandemik Covid-19, kami dikenali sebagai penawaran perkhidmatan kenderaan kecil. Kini mahu memperluaskan capaian kepada kenderaan besar juga.

“Hasilnya, kami bukan sahaja memberi fokus kepada penghantaran akhir tetapi juga memperluaskan perkhidmatan logistik ‘middle-mile’.,” ujarnya.

Dalam pada itu, syarikat ‘unicorn’ tersebut juga akan terus menyokong perusahan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini yang merupakan yang banyak menggunakan perkhidmatan mereka.

“Kami menawarkan perkhidmatan yang baik pada harga yang berpatutan kepada pelanggan dan memudahkan mereka dari segi logistik bagi mengurangkan kos operasi terutamanya semasa Covid-19 sebelum ini.

“Melalui perkhidmatan kami, mereka tidak perlu mempunyai aset kekal dan seterusnya dapat mengurungkan kos.

“Selain itu, Lalamove juga memberi pendapatan tambahan kepada pemandu kami yang kebanyakannya menggunakan platform ini secara separuh masa,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN