Komark Intenational, AntChain jalin kerjasama - Utusan Malaysia

Komark Intenational, AntChain jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komark International (M) Sdn Bhd, syarikat pembungkusan perintis Malaysia yang membekalkan label premium dan anak syarikat milik penuh Komarkcorp Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AntChain, jenama di bawah Ant Group Digital Technologies.

Ant Group Digital Technologies merupakan peneraju global dalam blockchain, pengkomputeran privasi dan teknologi keselamatan.

Menurut kenyataan bersamanya, kerjasama tersebut menggabungkan kepakaran percetakan dan pelabelan Komark dengan teknologi kebolehkesanan dikuasakan oleh blokchain AntChain.

Katanya, ini akan membuka pasaran baharu untuk menangani permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk kebolehkesanan terutamanya dalam industri sensitif keselamatan seperti makanan dan minuman dan perubatan.

“Kedua-dua syarikat sedang meneroka kerjasama perniagaan dan menyepadukan teknologi kebolehkesanan yang disediakan oleh AntChain untuk mendapatkan label, pembungkusan, pelekat hologram.

“Skop MoU itu termasuk industri utama seperti produk makanan dan minuman, produk automotif, peranti perubatan dan lain-lain,” ujarnya.

Kedua-dua syarikat juga bersetuju untuk berganding bahu untuk meneroka peluang dalam segmen digital berkaitan perkhidmatan pelabelan dan pembungkusan.

Teknologi blockchain ialah lejar terpencar dan teragih yang membolehkan penyimpanan rekod yang selamat, telus dan kalis gangguan, menjadikannya alat yang ideal untuk menjejaki pergerakan produk di seluruh rantaian bekalan.

Kebolehkesanan akan memudahkan untuk mengenal pasti dan mengesan sebarang isu atau penyelewengan dalam rantaian bekalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN