Formulasi, bahan dipertingkat penuhi pasaran kosmetik halal - Utusan Malaysia

Formulasi, bahan dipertingkat penuhi pasaran kosmetik halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat  kecantikan dan penjagaan diri, Tohtonku Sdn. Bhd. mengunjurkan pasaran halal domestik  terus meningkat bagi tahun ini  berdasarkan permintaan pasaran semasa.

Justeru Pengurus Pemasaran Kanan Tohtonku, Cecilia Lee berkata, pihaknya menyasarkan untuk meluaskan  pasaran menerusi beberapa langkah dan strategi termasuk mempertingkatkan aspek bahan serta formulasi setiap produk keluarannya.

Selain itu katanya, syarikat tersebut akan  merintis penggunaan bahan yang lebih baik dan bersih untuk memenuhi pasaran terutama di negara ini.

“Antara  produk terbaru yang akan diketengahkan ialah Nutox Youth Restoring yang menggunakan sarang burung premium.

“Kita menitikberatkan segala aspek penggunaan bahan bagi memastikan kualiti berada pada tahap terbaik termasuk dilengkapi sistem penghantaran berkuasa tinggi iaitu Teknologi MIcro Targeting,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kini, syarikat ini mempunyai lebih daripada 15 jenama utama di bawah rangkaian produknya termasuk Ammeltz YokoYoko, Kool Fever, Nutox, Nanowhite, Follow Me, Ubermen, Silkpro, Can Can dan King Kong.

Dalam pada itu beliau berkata, selain sarang burung premium, produk  itu juga mengandungi Tremella Mushroom  yang 400 kali kuasa penghidratan dan lima kali ganda kapasiti penghidratan Asid  Hyaluronik.

“Formulasi ini dapat mengekalkan kelembapan kulit dan membekalkan kolagen secara berterusan sepanjang hari untuk keberkesanannya.

“Sejak 2006, kita telah merintis penggunaan sarang burung bagi produk keluaran syarikat untuk penjagaan kulit yang lebih efektif,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya