Cara untuk meningkatkan nilai hartanah - Utusan Malaysia

Cara untuk meningkatkan nilai hartanah

RUANG dapur yang telah diubah suai dan dilengkapi kabinet dapat meningkatkan minat penyewa dan pembeli. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMILIKI rumah adalah satu daripada bentuk pelaburan yang boleh menguntungkan pemiliknya, jika hartanah itu dijaga dengan betul.

Tidak kira sama ada rumah itu untuk dijual semula pada masa depan ataupun untuk mengutip sewa setiap bulan, memahami cara untuk meningkat nilai hartanah adalah satu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh setiap pemilik.

Dengan penyelenggaraan hartanah yang proaktif, anda sebenarnya boleh menambah daya tarikan rumah sewa dan juga meningkatkan nilainya.

Setelah membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi memiliki rumah, sudah pastinya anda tidak mahu harta anda itu susut nilai di masa depan.

Oleh itu, Ringgit pada minggu ini akan berkongsi panduan mengenai cara-cara untuk mengekalkan dan juga meningkatkan nilai hartanah anda.

Pastikan rumah bersih

Rumah yang bersih dan kemas dapat memberi persepsi yang positif kepada bakal penyewa dan pembeli.

Jika anda tinggal di rumah atas tanah, pastikan pagar dan pintu masuk anda bersih serta dalam keadaan baik.

Sama juga bagi yang tinggal di pangsapuri atau kondominium, pastikan pintu rumah dalam keadaan kemas serta membaiki jika ada kerosakan atau cat yang sudah mula tertanggal.

Selenggara rumah dengan baik

Penyelenggaraan rumah yang baik penting bukan sahaja bagi menarik minat penyewa untuk tinggal di rumah anda, malah ia dapat mengelak pemilik daripada terbeban apabila kerosakan di rumah menjadi lebih teruk.

Oleh itu, pastikan pintu berfungsi dengan baik, paip air tidak bocor dan semua lampu rumah berfungsi.

Keadaan rumah yang sentiasa diselenggara memberi bayangan kepada pembeli atau penyewa bahawa mereka tidak akan berdepan dengan masalah teknikal apabila tinggal di rumah itu kelak.

Memodenkan dapur dan bilik air

Antara perkara yang utama senarai penyewa untuk memilih rumah adalah dapur dan bilik air yang diubahsuai.

Selain itu, ia juga menjadi daya tarikan kepada bakal pembeli kerana mereka sudah tidak perlu membuat kerja pengubahsuaian.

Perkara yang boleh dilakukan di adalah menukar paip lama yang mungkin sudah berkarat, tambah baik pintu kabinet dapur dan menukar judin lama yang sudah pecah.

Perkara utama ialah tidak menggunakan modal berlebihan dan membelanjakan terlalu banyak untuk ubah suai yang tidak perlu tetapi menyasarkan benda dan kawasan tertentu yang membolehkan pemilik mengenakan bayaran premium untuk sewaannya.

Tambah baik peralatan elektrik

Cuaca panas sejak kebelangkangan ini menyebabkan penggunaan dan jualan pendingin hawa juga meningkat.

Oleh itu, rumah yang mempunyai penghawa dingin semestinya menjadi daya penarik kepada penyewa dan pembeli rumah.

Rumah yang lengkap dengan peralatan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh dan penghawa dingin menjadi daya tarikan kepada penyewa yang tidak mahu mengeluarkan modal untuk membeli peralatan itu sendiri supaya memudahkan mereka apabila berpindah kelak.

Semakin baharu peralatan dalam rumah anda, semakin diingini oleh bakal penyewa.

Ini kerana peralatan moden cenderung berada dalam keadaan yang lebih baik dan berfungsi dengan lebih cekap serta menunjukkan bahawa anda secara proaktif menyelenggara rumah sewa tersebut.

Harga sewaan serta permintaan bagi rumah berkelangkapan penuh juga lebih tinggi berbanding rumah yang kosong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya