The Minh, kediaman mewah berinspirasikan Indochine - Utusan Malaysia

The Minh, kediaman mewah berinspirasikan Indochine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAYA hidup resort dalam kediaman bukan sahaja kelihatan mewah tetapi juga dapat memberi ketenangan kepada pemiliknya setelah pulang kerja dalam kesibukan di ibu kota.

Terletak di kawasan perumahan yang damai di Jalan Kiara 7 serta di tapak bertingkat bersebelahan dengan Bukit Kiara, The Minh diinspirasi daripada ekspresi reka bentuk Indochine.

Ini adalah gabungan harmoni reka bentuk Kolonial Perancis bersama perincian serta tradisi reka bentuk vernakular di Vietnam.

The Minh adalah singkatan daripada ‘Mont Kiara Indochine-inspired Nature Homes’ serta bermaksud ‘cahaya’ dalam bahasa Vietnam.

Kediaman mewah ini terdiri daripada 496 unit dengan dua menara, setiap satu mempunyai 42 tingkat dengan hanya enam unit di setiap tingkat.

The Minh menampilkan empat jenis susun atur bilik, A, B, C dan D dengan berkeluasan antara 1,607 kaki persegi hingga 3,010 kaki persegi.

Jenis A dan B tampil dengan konsep reka bentuk banglo, manakala jenis C dan D tampil dengan reka bentuk berkembar bersama lobi lif peribadi, kawasan lanai serba boleh dan suite junior.

Memandangkan kedua-dua unit tersebut terletak bersebelahan, ia boleh digabungkan menjadi sebuah unit banglo mega dengan keluasan 5,743 kaki persegi dengan lif peribadi dalaman sendiri, sesuai untuk pemilik yang gemarkan kediaman lebih privasi.

Selain itu, setiap unit dilengkapi dengan satu soket mesa pengecas kenderaan elektrik (EV), membolehkan pemilik mengecas kenderaan elektrik mereka dengan mudah dan selamat.

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong berkata, The Minh yang dibangunkan dengan perbelanjaan modal (GDV) sebanyak RM970 juta dijual secara rasmi kepada orang ramai pada 27 Mei.

Jelasnya, pembangunan tersebut mendapat sambutan menggalakkan setelah menara pertamanya, Menara B merekodkan kadar tempahan sebanyak 70 peratus semasa pratonton bersama rakan kerjasama syarikat serta ahli kesetiaan premium UEM Sunrise, Trésorians.

“The Minh menawarkan reka bentuk kediaman khusus bagi memupuk lebih banyak interaksi di antara ahli keluarga dan tetamu di ruangan umum.

“Syarikat mengambil kira perubahan keutamaan dalam cara mencipta ruang bagi menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu dan menampilkan bilik tidur yang lebih luas, di samping menambah sentuhan kemewahan selaras dengan tema Indochine,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya