Ringgit dijangka kembali mengukuh - Utusan Malaysia

Ringgit dijangka kembali mengukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dijangka kembali mengukuh dengan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk kali terakhir tahun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, setelah mencapai puncak kadar faedah dinaikkan kepada 5.00 hingga 5.25 peratus, ekonomi AS dijangka akan menurun.

Katanya, ini sejajar dengan sasaran bank pusatnya bagi mengawal inflasi dan memperlahankan ekonominya.

“Kemelesetan ekonomi dunia (Bank Dunia unjur 1.7 peratus Keluaran Dalam Kasar (KDNK) dunia) dijangka akan dipengaruhi perkembangan ekonomi AS yang lebih perlahan khususnya pada separuh kedua 2023.

“Mata wang AS dijangka akan kembali lemah berbanding mata wang dunia dan lain, termasuklah ringgit yang dijangka kembali mengukuh pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, selari dengan kelemahan dolar AS, harga logam seperti emas dan perak akan meningkat serta harga komoditi utama seperti minyak mentah juga dijangka menurun.

“Walaupun Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah mengurangkan pengeluaran minyaknya dua minggu lepas untuk menaikkan harga yang mencecah AS$85 (RM377) setong.

“Namun kini harganya sudah kembali menurun minggu ini pada AS$79 (RM350) setong (Brent),” ujarnya.

Jumaat lalu, ringgit ditutup pada pukul 5 petang lebih tinggi pada 4.4350/4.4390 berbanding 4.4500/ 4.4550 pada penutupan Khamis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya