Indeks Bursa Malaysia sepatutnya di paras 1,700 mata - Utusan Malaysia

Indeks Bursa Malaysia sepatutnya di paras 1,700 mata

FBM KLCI ditutup lebih kukuh pada 1504.10 pada pukul 5 petang semalam.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) sepatutnya berada di paras sekitar 1,700 mata berbanding 1,400 mata yang direkodkan ketika ini.

Justeru itu, penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, pasaran saham tempatan memerlukan penggalak (booster) bagi melonjakkan indeks FBM KLCI yang kini berada di paras sama seperti 16 tahun lalu iaitu sekitar tahun 2007.

Menurut beliau, secara teorinya, ekonomi berpusing dalam tempoh 10 tahun di mana ia akan meningkat lima tahun dan kemudian menurun lima tahun lagi sama seperti pusingan saham atau pusingan pasaran modal.

“Tetapi kebiasaannya pasaran saham akan mendahului pusingan ekonomi kira-kira tiga tahun lebih awal, namun entah mengapa kali ini tidak tahu apa sebabnya pasaran saham kita tidak mendahului pasaran.

“Secara umumnya boleh dikatakan bahawa pasaran saham kita memerlukan ‘booster’ kerana berasaskan kepada perkembangan ekonomi hari ini ia sepatutnya menjadi 1,700 tetapi ia tidak berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Barjoyai menyifatkan apa yang berlaku dalam pasaran Bursa Malaysia ketika ini merupakan sesuatu yang janggal atau tidak normal dan memerlukan analisis yang lebih mendalam.

“Secara harian pasaran saham kita dipengaruhi besar oleh pasaran saham di New York namun bagi jangka masa panjang apa yang berlaku di Bursa Malaysia dalam pusingan kali ini adalah sesuatu yang janggal.

“Saya melihat banyak perkara yang perlu dikaji memandangkan arah Bursa Malaysia ketika ini sepatutnya menaik ekoran belum masanya menurun disebabkan ekonomi sedang memuncak,” katanya.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata, pihaknya menjangkakan pasaran saham tempatan bakal meningkat dalam tempoh terdekat berdasarkan indikator ekonomi yang semakin jelas.

“Indikator ekonomi menunjukkan kita tidak akan mengalami kegawatan ekonomi sekali lagi kerana kita sudah melalui keluk ‘w’ di mana kita keluar dari kegawatan kemudian masuk semula ke dalam kegawatan dan akhirnya keluar kembali dari kegawatan.

“Meskipun ada yang meramal kita mungkin akan kembali ke dalam kegawatan ekonomi sekali lagi kerana apa yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah namun saya melihat ia tidak akan berlaku.

“Kita sudah jelas jauh keluar dari kegawatan ekonomi dan di suku tahun yang baharu ini ekonomi kita meningkat walau hanya 5.6 peratus tapi sasaran kita untuk seluruh tahun akan meningkat 5.0 hingga 5.5 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya