Happy Grains fokus pasaran halal dalam negara - Utusan Malaysia

Happy Grains fokus pasaran halal dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama minuman bijirin berkhasiat Happy Grains merancang untuk memanfaatkan produknya bagi meraih bahagian pasaran lebih besar terutama dalam industri  halal di negara ini.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran Happy Grains Holdings Sdn. Bhd., Go Kiam Seng berkata, pihaknya optimis selepas jenama tersebut disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Selain itu, pihaknya yakin prospek rancangan tersebut mampu terlaksana selepas menerima pengiktirafan termasuk menerusi Asia Halal Brand Awards sebelum ini.

“Happy Grains adalah jenama yang disahkan halal oleh Jakim dan telah menerima pengiktirafan daripada Asia Halal Brand Awards 2019, jadi pengguna beragama Islam boleh menikmati mana-mana produk Happy Grains tanpa rasa waswas.

“Justeru kami optimis menerusi promosi berterusan termasuk promosi pakej raya 2023, angka jualan akan terus meningkat,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Kiam Seng berkata, bagi menyokong jualan, syarikat turut melantik penyanyi lagu Dilema iaitu Hasif Upin selaku duta Happy Grains.

“Pemilihan Hasif atau nama sebenarnya, Muhammad Hasif Sharuddin sebagai duta bijirin sihat dianggap tepat kerana beliau sentiasa aktif . Jadi beliau sendiri mengamalkan pengambilan minuman Happy Grains ini.

“Apatah lagi orang bujang seperti Hasif memerlukan penyediaan makanan yang ringkas, namun berkhasiat untuk kekal aktif sepanjang hari,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya