Pasaran komoditi mungkin terkesan dengan krisis bank - Utusan Malaysia

Pasaran komoditi mungkin terkesan dengan krisis bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KESAN limpahan daripada krisis bank di Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland akan melembapkan pertumbuhan ekonomi.

Perkembangan ini akan memberi tekanan kepada kepada harga komoditi terutamanya dalam sektor tenaga apabila permintaan berkurangan.

Semasa tempoh krisis ini, harga minyak mentah telah mencecah paras terendah dalam tempoh 15 bulan apabila minyak mentah Brent turun pada AS$73.69 setong manakala West Texas Intermediate (WTI) AS pula pada AS$67.61 awal minggu lalu.

Pada Jumaat lalu, niaga hadapan minyak mentah Brent susut 48 sen, atau 0.6 peratus, kepada AS$75.43 setong menjelang 0039 GMT, manakala niaga hadapan minyak mentah WTI AS turun 52 sen, atau 0.7 peratus, kepada AS$69.44 setong.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Profesor Ekonomi Sunway University, Dr. Yeah Kim Leng berkata, krisis bank akan membawa kepada pengurangan pembiayaan, sekali gus mendorong kepada pelaburan dan penggunaan yang lebih perlahan.

Katanya, ini seterusnya menyebabkan pertumbuhan yang perlahan dan sesetangah sesetengah ekonomi mungkin berdepan dan mengalami kemelesetan.

“Gabungan perkara ini bole menurunkan permintaan komoditi dan dijangka boleh memberi tekanan kepada harga komoditi.

“Terutamanya dalam sektor tenaga. Dalam makanan mungkin tidak akan terkesan kerana ia merupakan keperluan asas dan lebih responsif untuk pendapatan sederhana,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat situasi di AS dan Switzerland pada kali ini bukanya krisis bank global seperti tahun 2007 dan 2008.

“Krisis ini bergantung sama ada situasi ini akan merebak kepada bank-bank yang lain dan lebih banyak yang akan ditutup. Buat masa ini, pihak berkuasa AS telah mengambil alih SVB dan UBS mengambil alih Credit Suisse dijangka memberi kestabilan pada krisis ini.

“Saya rasa kesannya tidaklah terlalu besar kerana ia adalah bank serantau dan bukannya bank global yang mempunyai capaian pembiayaan dan pelaburan yang lebih besar,” ujarnya. – RINGGIT

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya