PEJAM celik, pejam celik sudah 10 tahun tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu ketika terbang di kawasan konflik di timur Ukraine, menyebabkan kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak terkorban. Kami, antara wartawan yang ditugaskan membuat liputan Pesawat Boeing 777-200 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine sejak hari pertama kejadian sehingga ke hari pengebumian. Jadi, tragedi ini begitu dekat, memberi kesan dan antara momen penting bagi seorang wartawan. Dalam banyak temu bual ketika itu, sama ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya