‘Jangan ulas, popularkan konten kontroversi, sensitif’

‘Jangan ulas, popularkan konten kontroversi, sensitif’

DR. Sathia Prakash Nadarajan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mukadimah

Cukup! Sudah tiba masanya isu sensitif terutama agama dihentikan. Isu ini dibimbangi jadi barah dalam kalangan rakyat sehingga wujud kerenggangan kaum.”

Demikian tegas Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Hulu Selangor, DR. SATHIA PRAKASH NADARAJAN yang meminta pihak tertentu menoktahkan isu berkenaan yang cuba dimanipulasi dan dipolitikkan.

Malah, bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, AQILAH MIOR KAMARULBAID kelmarin, beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan akan `dihangatkan’ dengan isu perkauman bagi menarik sokongan pengundi terutama anak muda. Berikut luahan hati Dr. Sathia.

BERI MASA, PELUANG

Kita perlu bagi masa dan peluang untuk pemimpin kerajaan perpaduan buat kerja. Sudah setahun lebih Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Beliau melalui tempoh sukar waktu ini. Ada sahaja agenda negatif dimainkan pihak tertentu. Perdana menteri-perdana menteri sebelum ini tidak berdepan cabaran begini.

Kita percaya ada kelompok rakyat cuba dipengaruhi dengan dakwaan harga naik, padahal part akhir cakap I love you PM itupun diputar-belitkan. Bagi masa untuk PM buktikan dan terus tadbir negara. Di luar negara, beliau menjadi idola di banyak negara Islam. Orang lain cukup hargai beliau, kenapa tidak kita?

Ada yang main isu menyentuh kaum India, sedangkan kerajaan bagi semua orang peluang, bukan tidak bagi. Ini kerajaan perpaduan. Semua orang setuju dan bekerjasama. Kalau nak terus dalam konflik, semua akan ‘efek’ sekali. Kalau tak, negara akan kucar-kacir.

Ramai hubungi saya tanya Dr. kenapa you tak komen tentang individu-individu tertentu kerana (dari komen mereka) telah menjadi isu besar. Saya tak nak sebut nama, banyak individu kumpulan ini yang buat content hentam (kaum) tertentu, hentam institusi. Pada saya, kenapa saya tak ulas? Sebab kita hanya akan popularkan mereka.

Mereka dari kumpulan ini yang sebenarnya merupakan blogger, Youtuber, Tiktokers. Untuk mereka, ini adalah duit di saat mereka bawa isu kontroversi orang akan menulis komen. Dalam hal ini, kita perlu henti fikirkan tentang mereka. Jangan bagi mereka ruang sebab orang di bawah sana tak faham.

Bagi saya mudah, saya tak sebut nama, saya takkan bercakap tentang mereka langsung. Dalam situasi lain, saya bukan bias. Apabila seorang individu ‘kondem’ institusi raja dan agama dari luar negara, kita di sini marah, cakap perlu ambil tindakan ke atas mereka. Tetapi dia (pengkritik terbabit) `bijak’. Dia tahu disekat di sini, (jadi) dia (sebenarnya) buat kita nampak tidak bijak. Padahal dia lompat-lompat dan orang begini yang kita nak popularkan? Lebih baiklah popularkan benda yang bermanfaat dan ajaran yang betul.

Macam orang kata, perkara negatif lebih mudah tersebar meluas. Tapi tolonglah hentikan sebab mereka (pencetus isu kontroversi) sudah wujudkan golongan pembenci. Sebelum ini tidak pernah macam ini.

Jadi, kita perlu hentikan perkara ini. Politik agama perlu dihentikan.

Sebab itu kalau saya berpeluang melawat atau menziarahi masjid atau surau, saya tanya apa kita boleh bantu. Apa yang diperlukan seperti tikar dan sebagainya. Tetapi apa yang orang nampak semua politik. Ini tidak adil.

SEBAB PRK?

Saya turun di Kuala Kubu Bharu orang kata saya turun sebab nak PRK. Ada atau tidak, saya kena turun di semua kawasan. Orang pertikaikan saya buka puasa di masjid, saya bukan nak buat apa. Ini kawasan saya. Program-program itu sudah dirancang awal, jadi kenapa orang gunakan isu ini?

SEMUA PARTI DIBANTU

Sokongan terhadap PH di Kuala Kubu Bharu memang bagus. Sekarang isunya satu sahaja iaitu politik agama perlu dihentikan. Isu ini mereka (pihak terbabit) gunakan sebagai modal politik untuk menjatuhkan parti lawan dengan harapan membawa sokongan Cina dan India keluar dari PH, dengan alasan kerajaan tidak `pertimbangkan’ mengenai perkara ini.

Saya bekerja di Parlimen Hulu Selangor. Jadi, saya tak kisah siapa saya tolong, parti mana pun, selagi di berada di Hulu Selangor, kita tolong.

Sekarang isu ini sangat kontroversi, mereka main isu kononnya kaum India tidak dijaga, Cina marah, hanya Melayu dijaga tapi di Kuala Kubu Bharu mereka main isu sebaliknya.

Secara keseluruhan mendiang Lee Kee Hiong (penyandang kerusi DUN Kuala Kubu Bharu) telah melaksanakan tanggungjawab dengan sangat baik. Penduduk di sini sangat gembira dengan apa yang dilakukan. Tetapi sekarang mereka tidak gembira sebab isu agama yang dimainkan, mereka kata kenapa tiada tindakan?

IKUT UNDANG-UNDANG

Mereka tidak faham undang-undang adalah prosedur yang perlu disiasat secara terperinci dan baru boleh ambil tindakan. Kita tidak boleh melompat terus ke tindakan. Memanglah orang nampak orang ini diambil tindakan, tetapi orang lain pula, tidak dikenakan tindakan.

Bagi mereka, lagi banyak like, komen di TikTok, lagi banyak dia dapat duit. Isu kontroversi sebegini yang sudahpun menjadi tatapan awam perlu dihentikan.

TIKTOK SENTUH AGAMA

Nampaknya begitu, saya kalah dengan majoriti 1,562 undi (PRU15). Selepas saya membuat kaji selidik, kawasan yang saya kalah adalah kawasan majoriti anak muda. Kenapa? Mereka tunjuk TikTok yang berkaitan agama. Isu ini terus dimainkan sehingga hari ini, sebab tiada isu lain yang boleh mereka mainkan.

Jika harga barang naik, kerajaan hadir dengan Jualan Rahmah, mesti ada sesuatu untuk rakyat terutama golongan B40, diberi juga bantuan raya tapi mereka ini masih mengadu. Pengumuman kerajaan pun jelas, semua orang dapat, tapi itu pun orang salahkan kerajaan perpaduan. Kata mereka, macam tak nak bagi saja.

PN LETAK CALON MELAYU?

Di Kuala Kubu Bharu, 50 peratus pengundi Melayu, 30 peratus Cina dan selebihnya India. PN (Perikatan Nasional) walau bagaimanapun memerlukan Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) untuk menarik sokongan bukan Melayu. Gerakan majoritinya Cina, saya tak pasti jika ada Melayu tapi ahli DAP bukan sahaja Cina dan India tetapi ada ahli Melayu. PH ada semua bangsa. Jadi, saya tidak terperanjat jika ada parti letak calon Melayu atau lain.

Untuk mereka, dijangka main isu agama sebab mereka tahu undi Melayu akan berpecah 25 peratus-25 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN