KEJADIAN menyayat hati di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu yang menyaksikan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dipukul dan dimaki menonjolkan sisi gelap masyarakat yang tidak manusiawi. Insiden ini bukan sahaja mencerminkan kekurangan empati dan adab dalam masyarakat tetapi menunjukkan keperluan mendesak untuk mendidik masyarakat dengan nilai-nilai luhur yang sepatutnya menjadi teras kehidupan bermasyarakat. Setiap manusia, tidak kira keadaan mental, fizikal atau apa jua status sosialnya berhak diperlakukan dengan hormat dan rahmah. Inilah ajaran agama Islam yang diturunkan untuk memperbaiki akhlak dan mengangkat martabat manusia. Kezaliman terhadap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya