SAUDARA PENGARANG,
PERSIDANGAN Parlimen penting untuk dibuat secara maya berbanding kaedah tradisional dalam era normal baharu kini. Banyak keputusan perlu dibuat bagi memastikan hala tuju negara dapat dibahaskan demi kepentingan rakyat.
Sidang secara maya melalui kawasan masing-masing akan dapat mengatasi risiko jangkitan wabak Covid-19 selain dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu menanggung kos penginapan dan elaun persidangan setiap hari. Menteri pula boleh ikuti persidangan dari kementerian masing-masing bersama para pegawai kanan untuk mencatat perkara berbangkit.
Amalan di negara-negara lain yang bersidang sewaktu era pendamik ini boleh dirujuk dari segi praktikaliti serta halangan yang berbangkit. Jika kita tidak memulakan dari sekarang, bagaimana kita dapat belajar sesuatu daripadanya?
YOSRI ABU MAHSIN, Putrajaya.