Lepasan SPM rayu disuntik vaksin - Utusan Malaysia

Lepasan SPM rayu disuntik vaksin

HOSPITAL swasta sedia memvaksinasi golongan remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun jika diminta kerajaan berbuat demikian. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Saya mewakili semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 berharap diberikan keutamaan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi memudahkan proses pendaftaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Ini kerana kami akan hadir ke sekolah bagi menguruskan sijil dan dokumen pengesahan untuk permohonan ke IPT.

Saya yakin suntikan vaksin itu bukan sahaja memberi keselesaan kepada kami, ibu bapa malah pihak sekolah kerana berasa lebih selamat apabila berurusan.

Urusan di pejabat pos dan lain-lain tempat juga lebih mudah kerana kami sudah mengambil langkah pencegahan.

Oleh itu, kami berharap Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara dapat mempertimbangkan permohonan ini.

Tabung dana pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) juga mungkin perlu diwujudkan bagi persiapan untuk pembelian peralatan teknologi, alat peranti dan data internet sekiranya pendaftaran atau pembelajaran secara dalam talian dilaksanakan untuk kami yang bakal menyambung pengajian di IPT.

Dalam pada itu, Kementerian Pengajian Tinggi juga mungkin boleh memaklumkan syarat-syarat untuk mendaftar pelajar ke IPT yang ditawarkan sekiranya kes jangkitan Covid-19 masih tinggi.

NUR SAKINAH SAMSUDIN
SMK Pulau Nyior, Jitra, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya