Jangan ambil mudah pesawat Israel terbang di ruang udara kita - Utusan Malaysia

Jangan ambil mudah pesawat Israel terbang di ruang udara kita

MODEL pesawat pengintip bernombor pendaftaran 4X-AOO dibangunkan Israel Aerospace Industries yang dikatakan terbang di ruang udara Malaysia, baru-baru ini. – Gambar media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

INSIDEN pesawat Boeing milik syarikat Israel yang dikesan merentasi ruang udara Putrajaya baru-baru ini menimbulkan kegusaran dan kesangsian orang ramai. Apatah lagi selepas mendapat ancaman Israel kerana ketegasan Malaysia dalam menyokong Palestin.

Sebelum ini media tempatan melaporkan kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura.

Pesawat Boeing 732-400 dengan nombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat yang direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial.

Menurut Kementerian Pengangkutan, penerbangan pesawat berkenaan dibenarkan selagi mengikut peraturan dan tidak mengancam keselamatan udara negara. Malah, pesawat tersebut tidak dibenarkan mendarat atau berlegar-legar di ruang udara Malaysia.

Kementerian itu turut memberitahu, tiada corak penerbangan yang tidak normal ketika pesawat tersebut melalui ruang udara Malaysia. Pun begitu, kerajaan harus berhati-hati kerana musuh sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengintai dan membuat perancangan secara sulit mahupun terang-terangan.

Umpamanya kejayaan Jepun menyerang Malaysia dengan mudah ketika Perang Dunia Kedua melalui intipan dan penyamaran sebelum serangan secara besar-besaran.

Oleh itu, tindakan membiarkan sebarang pesawat tertentu melewati ruang udara walaupun mengikuti peraturan hendaklah diselidik dan dipandang berat terutama dari aspek keselamatan.

Persoalannya, mengapa ruang udara Malaysia menjadi pilihan untuk menuju ke Pangkalan Udara Paya Lebar, Singapura dan bukan laluan lain? Mungkinkah kehadiran pesawat milik syarikat Israel itu mempunyai agenda tersembunyi ketika krisis kemanusiaan di Gaza dan cuba mencabar pula kedaulatan undang- undang negara ini?

Justeru, pihak keselamatan tentu lebih arif mengenai situasi keselamatan negara daripada sebarang pencerobohan sama ada untuk menilai ia suatu bentuk ancaman atau sebaliknya.

RAKYAT RISAU
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya