Perkasa semula TV Pendidikan - Utusan Malaysia

Perkasa semula TV Pendidikan

TV Pendidikan dilihat sebagai alternatif terbaik dalam memastikan pelajar tidak ketinggalan menimba ilmu semasa penularan pandemik Covid-19. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN harus memperkasakan semula program TV Pendidikan agar semua pelajar daripada pelbagai latar belakang dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara menyeluruh.

Pendekatan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan penyiar swasta seperti TV3, TV Al-Hijrah, Astro, MyTV dan syarikat telekomunikasi antaranya Celcom, Maxis, Digi, Red One serta XOX dapat berkongsi dari segi kewangan.

Pada masa sama, kandungan serta persembahannya dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Saya berharap cadangan ini dapat diperhalusi oleh pihak-pihak berkenaan.

SAIFULNIZAN MOHD. SARI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya